Sukan

Sukma 2020: Selangor terus sedia walaupun PKP

ATLET Selangor tetap bersedia meskipun Sukan Malaysia (Sukma) 2020 Johor ditangguhkan pada Mac tahun hadapan.

Malah persediaan mereka juga tidak terjejas walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi mengekang penularan pandemik Koronavirus (Covid-19).

BACA > Projek Zero Hunger sasar mereka tercicir dari BPN — Suara Merdeka

Menurut Exco Selangor, Mohd. Khairuddin Othman, pihaknya sentiasa memantau perkembangan atlet dan memastikan mereka bersedia untuk menghadapi temasya kebangsaan tahun hadapan.

Katanya, walaupun PKP dilaksanakan, kerajaan negeri tetap memberi dorongan dan membantu apa yang patut.

“Walaupun PKP apa yang telah dirancang tetap diteruskan termasuklah terma kontrak. Malah elaun atlet juga diteruskan ketika PKP.

“Dari segi latihan pula, difahamkan para atlet Selangor menjalani latihan di rumah bagi mengekalkan kecergasan,” katanya.

BACA > Covid-19: 50 kes baharu 41 daripadanya warga asing — Suara Merdeka
BACA > Aidilfitri: 200 bekas atlet, atlet para Selangor diraikan — Suara Merdeka

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada bekas atlet dan atlet para Selangor di Kompleks Generasi Muda dan Sukan di Shah Alam, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin bagaimanapun menunggu perkembangan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membenarkan atlet berlatih di pusat latihan.

“Apa pun kita menunggu kelulusan daripada MKN supaya membolehkan para atlet menjalani latihan bagi menghadapi Sukma tahun hadapan.

“Justeru, kerajaan negeri tetap berhubung dengan para atlet serta jurulatih. Jadi sementara PKP, mereka berlatih sendiri di rumah,” ujarnya.

Terdahulu, Kementerian Belia dan Sukan mengumumkan penganjuran Sukma Johor 2020 ditunda pada 6 hingga 14 Mac tahun hadapan.

BACA >  Covid-19: Tiada rumah terbuka Agong, PM — Suara Merdeka
BACA > 20 ahli keluarga wanita hamil disahkan negatif, 10 tunggu keputusan — Suara Merdeka

Menurut Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, walaupun temasya itu dianjur pada 2021, namun penjenamaannya kekal kepada Sukma 2020 dan Para Sukma 2020. – SM

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button