Nasional

Projek Zero Hunger sasar mereka tercicir dari BPN

WALAUPUN kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi meringankan beban rakyat yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19, tetapi tidak dinafikan masih ramai yang tercicir daripada kemudahan itu.

Sehubungan itu Projek Zero Hunger menyasarkan golongan berkenaan khususnya Kumpulan B40 memerlukan bantuan secara berterusan untuk meneruskan kehidupan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Ada segelintir mereka tercicir daripada menerima bantuan yang diberikan oleh kerajaan malah kebanyakan mereka menggunakan wang BPN untuk membayar sewa rumah.

Justeru Pengasas Malakat Mall dan Projek Zero Hunger, Mohd Fadzil Hashim berkata, bantuan berupa barangan asas makanan amat diperlukan dan sangat membantu mereka.

Mohd Fadzil berkata Projek Zero Hunger merupakan antara projek terawal yang diwujudkan sejak pelaksanaan PKP 1 dan telah berjaya mengagih bantuan kepada lebih 20,000 keluarga di seluruh negara.

Related Articles

” Kita bekerjasama rapat dengan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) yang membolehkan agihan dibuat kepada semua golongan memerlukan di serata pelosok negeri,” katanya ketika menerima mock up check sumbangan sejumlah RM1 juta daripada Persekutuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Malakat Mall mengajak syarikat – syarikat korporat untuk berkolaborasi dan turut sama menyumbang dalam Projek Zero Hunger yang diasaskan pusat beli belah itu bersama Yayasan Brainy Bunch bagi menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Beliau berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan sumbangan daripada pihak korporat mahupun penyertaan syarikat-syarikat lain untuk menyumbang secara berterusan kepada kepada golongan berkenaan.

Sementara itu Presiden PPIM Datuk Nadzim Johan yang menyerahkan sumbangan tersebut menjelaskan, wang tersebut hasil sumbangan terkumpul oleh orang ramai untuk diinfakkan kepada yang memerlukan.

“Alhamdulillah apa yang dihulurkan hari ini adalah hasil kutipan bantuan oleh PPIM untuk disalurkan kepada projek Zero Hunger.

Terdapat sebanyak 100,000 keluarga lagi perlu dibantu. Platform bersedekah sentiasa terbuka, teruskan menyumbang mengambil keberkatan bulan Ramadan, “katanya.

Sesiapa yang ingin menderma untuk Projek Zero Hunger boleh masuk ke Sadaqah Market atau https://sadaqahmarket.com/

(Visited 557 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button