Nasionalpilihan

Suami tikam isteri kerana didakwa punyai hubungan dengan lelaki lain

SEORANG wanita cedera ditikam suaminya kerana didakwa mempunyai hubungan dengan lelaki lain di Sungai Ramal, Kajang pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 6.52 petang.

“Mangsa merupakan wanita warga Indonesia telah dibawa ke Hospital Kajang kerana mengalami kecederaan parah akibat ditikam dengan senjata tajam.

“Hasil pemeriksaan awal doktor mendapati terdapat empat kesan tikaman di dada, dua tikaman di tangan kiri dan kanan, satu tikaman di kaki kiri dan 1 tikaman di bawah dagu,” katanya.

Menurut Mohd. Zaid, pihaknya sedang mengesan suspek utama iaitu suami mangsa, lelaki warga Indonesia yang dikenali sebagai Johari atau Jo.

Jelasnya, punca kejadian disyaki akibat cemburu kerana mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan jika sabut kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun dan denda atau sebat.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi IPD Kajang ditalian 03-89114222 atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Suresh di talian 017-4333795,” katanya. -SM

(Visited 376 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button