Berita

Raja Muda Perlis seru institusi pendidikan berperanan lahir lebih ramai intelektual

Rawalpindi, Pakistan.

Semua institusi pendidikan di Perlis perlu sama-sama memainkan peranan yang aktif dan kolektif agar dapat melahirkan lebih ramai lagi intelektual dan modal insan yang boleh menjadi aset kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri seterusnya kepada pembangunan Malaysia.

Ibu bapa, penjaga serta para pendidik juga dipohon agar terus menekankan aspek pendidikan yang bukan hanya melibatkan ilmu dan kemahiran semata-mata.

Malahan amalan nilai-nilai murni juga perlu menjadi fokus utama agar semua pelajar disematkan dengan jati diri yang ampuh serta berkarisma. Semoga suatu hari kelak mereka mampu memimpin pembangunan negara ke arah yang lebih gemilang.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melalui siaran media oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas berkenan menyerahkan sumbangan sumber zakat MAIPs berjumlah RM500 kepada ‘Pakistan Military College of Signal Mosque’ di Rawalpindi, Pakistan baru-baru ini.

Sumbangan tersebut adalah untuk kegunaan aktiviti dakwah, pengajian dan kemasyarakatan masjid berkenaan yang diserahkan kepada Imam Masjid, Suleman Ali .

Baginda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs juga mengharapkan agar pertumbuhan ekonomi Perlis akan terus berkembang, bertambah kukuh dan makmur seterusnya mencapai wawasan Perlis Negeri Bandaraya menjelang tahun 2030.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berada di Pakistan selama tiga hari bagi mengetuai delegasi ‘Lawatan Kerja Akademik dan Strategik Ketenteraan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam (UA) Tahun 2020’ dan meluangkan masa untuk singgah solat berjemaah di masjid berkenaan selepas mengadakan pertemuan dengan Komandan kolej itu iaitu Mejar Jeneral Muhammad Ali Khan dan Ketua Bahagian Koordinasi kolej berkenaan, Brigedier Jeneral Agha Ali.

(Visited 41 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button