fbpx
Nasional

SPR sedia khemah khas dalam PRK Chini

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan menyediakan khemah khas di setiap 13 pusat mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini.

Persediaan itu meruapakan solusi kepada normal baharu yang perlu diadaptasi ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19.

BACA > UM, UPM, UKM, USM dan UTM dalam kelompok 200 terbaik dunia — Suara Merdeka

Dalam pada itu, PRK Chini yang akan dilaksanakan pada bulan hadapan berlangsung ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun, memaklumkan selaras dengan normal baharu, pihaknya juga menyusun strategi bagi memudahkan rakyat dapat mengundi pada hari berkenaan.

Katanya, seramai 400 orang dihadkan bagi setiap saluran untuk memastikan penjarakan sosial dapat dilaksanakan ketika mengundi.


“Jadi pengundi digalakkan untuk datang mengundi pada masa-masa tertentu. Kami hanya boleh menggalakkan dan tidak boleh paksa.

“Pengundi berhak untuk datang pada bila-bila masa dari 8.00 pagi hingga 5.30 petang,” katanya dipetik portal Free Malaysia Today (FMT) hari ini.

BACA > Pasukan Liga Malaysia lega diberi kebenaran berlatih — Suara Merdeka
BACA > Wanita ludah pekerja KFC minta dibicara — Suara Merdeka

Dalam perkembangan lain, Azhar Harun turut menyatakan kesediaan SPR untuk melaksanakan Pilhan Raya Umum (PRU) sekiranya Parlimen dibubar dalam masa terdekat.

Hal demikian ekoran keadaan situasi politik semasa dan majoriti tipis yang dipegang oleh kerajaan Perikatan Nasional.

Justeru, SPR berlu bersedia walaupun negara sedang berhadapan pandemik.

Jelas Azhar, situasi ini merupakan suatu cabaran kepada SPR namun pihaknya menyatakan kesediaan untuk melaksanakannya.

“Kami berwaspada dan keadaannya mencabar tetapi kami bersedia,” ujarnya.

Tambahnya, PRK Chini nanti akan menjadi panduan bagi SPR dalam melaksanakan pilihan raya diperingkat nasional.

BACA > Belum pernah seorang Perdana Menteri diuji sebegini berat dalam 100 hari — Suara Merdeka
BACA > Ekonomi berada pada landasan betul untuk pulih — Suara Merdeka

“SPR dalam proses menyediakan inisiatif lain bagi memastikan keselamatan pengundi dan petugas pilihan raya,” ujarnya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button