Politik
Trending

Sokongan kepada Anwar, UMNO tunjuk taring sebagai ‘king maker’

PENDIRIAN dizahirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memperlihatkan ketegasan beliau terhadap strategi parti politiknya.

Kebebabasan yang diberikan kepada para perwakilan UMNO dan Barisan Nasional dalam Dewan Rakyat dilihat melambangkan kematangan politik yang bersasar.

Bersasar itu bererti beliau menunjukkan UMNO tidak mudah tunduk kepada tuntutan mana-mana pihak dalam membentuk kerajaan.

Ini juga memperlihatkan UMNO sebagai ‘king maker’ sebenar dalam dalam percaturan politik bagi sesiapa yang mahukan kerusi Perdana Menteri.

Ini kerana, UMNO dilihat akur kepada kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), namun memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan tumbang pada Februari lalu.


UMNO tidak bertindak merebut jawatan Perdana Menteri dan menubuhkan kerajaan, sebaliknya memainkan peranan secara matang sebagai parti yang kalah dalam PRU-14 dan memberikan sokongan kepada parti menang.

Oleh demikian, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan gabungannya Perikatan Nasional (PN) diberi sokongan untuk meneraju kerajaan.

Di situ juga memperlihatkan ketegasan pendirian UMNO bahawa, sokongan yang diberikan adalah untuk membenarkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

Malah UMNO juga dilihat konsisten bersama gabungan dengan Pas, Muafakat Nasional (MN) dan tidak menyertai PN, kecuali hanya menyokong Muhyiddin sahaja.

Itu menunjukkan pendirian yang dizahirkan kepada Muhyiddin hanyalah berupa sokongan Ahli Parlimen daripada UMNO dan Barisan Nasional, bukan sokongan rasmi parti.

“Saya cenderung berpendapat bahawa, dari segi undang-undang UMNO BN bukan sebahagian daripada kerajaan seperti mana Pas.”

Demikian kata Ahmad Zahid hari ini mengulas kedudukan UMNO dalam situasi polemik politik baharu yang dicetuskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tengah hari tadi.

Terdahulu, Presiden PKR itu bersama isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengadakan sidang akhbar.

Anwar ketika dalam sidang akhbar tersebut memaklumkan beliau mempunyai sokongan padu dipercayai 123 Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Bagaimanapun, pendirian yang dikeluarkan oleh pemimpin UMNO yang lain seperti Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa dikritik beliau.

“Justeru, kenyataan Tim. Persiden UMNO dan juga kenyataan media oleh TSAM (Annuar Musa) bahawa UMNO dan BN menyokong kerajaan adalah sesuatu yg agak pelik.

ANWAR IBRAHIM mengadakan sidang akhbar di temani isteri, Wan Azizah Wan Ismail dan Saifuddin Nasution Ismail di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur tengah hari tadi.

“Pandangan itu juga bersalahan dengan fakta dan undang-undang.

“Pendapat ini diperkukuhkan lagi dengan fakta bahawa UMNO BN sendiri secara terang-terangan meminta supaya parlimen dibubarkan.

“Tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada kerajaan Muhyiddin atau PN,” jelasnya.

Terdahulu Ahmad Zahid mengulas pengumuman Ahli Parlimen Port Dickson, beliau memberi kebenaran kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat dari partinya untuk menyatakan pendirian masing-masing.

Ini termasuklah menyatakan sama ada mereka mahu menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri ke-9 atau sebaliknya.

Justeru, UMNO dilihat tidak menyatakan bantahan kepada Anwar seperti yang dilakukan sebelum ini ketika menjadi kerajaan. – SM

(Visited 102 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button