Nasional

Harga siling minyak masak RM34.70 bermula 8 Ogos

YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengumumkan bahawa minyak masak sawit dalam botol 5kg akan dijual dengan harga RM34.70 bermula 8 Ogos ini.

Mekanisme penetapan harga siling minyak masak botol tidak bersubsidi ditentukan secara bulanan untuk seluruh Malaysia termasuk Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan mengikut harga purata minyak sawit mentah (CPO) bagi satu tan metrik di pasaran dunia pada bulan sebelumnya.

Harga MSM bagi setiap tan metrik ialah RM4,063 pada Julai. Berdasarkan ini, pengiraan harga siling ditetapkan pada RM34.70 setiap botol 5kg (untuk 8 Ogos).

Perkembangan semasa CPO merupakan mekanisme di sebalik penetapan harga siling pada peringkat peruncit.

Ia juga mengambil kira beberapa aspek kos luar jangka seperti logistik dan cara untuk peruncit menghabiskan bekalan minyak masak yang dibeli dengan harga lama.


Selain itu, perintah larangan mengeksport minyak masak tulen tidak bersubsidi dalam semua bentuk kemasan polibeg diwartakan pada Isnin, 1hb Ogos 2022 untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna dan pengeksport di samping meningkatkan keberkesanan pemantauan bagi mengurangkan ketirisan barangan kawalan serta subsidi. -SM

(Visited 29 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button