Politik

Adakah Pakatan Nasional boleh bertahan dengan 111 sokongan?

ADAKAH kerajaan Pakatan Nasional (PN) boleh bertahan dengan hanya dengan 111 sokongan ahli Parlimen?

Itu pertanyaan Presiden PKR yang juga ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai reaksi kepada keputusan di Dewan Rakyat semalam ketika meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020.

Anwar menyifatkan keputusan itu sebagai hampir gagal dan beliau bertanya sampai bila PM mampu bertahan dengan sokongan seperti itu.

“Adakah kerajaan ini boleh bertahan hanya dengan 111 sokongan ahli Parlimen atau akan ada lagi episod sogokan dengan segala ugutan dan tawaran pangkat atau jawatan?” Soalnya.

Semalam Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang itu denga sokongan 111 ahli Parlimen sementara 106 menentang,

Lima lagi ahli Parlimen tidak hadir iaitu Maximus Ongkili (PBS – Kota Marudu), Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang), Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran), Shafie Apdal (Warisan-Semporna) dan Christina Liew (PH-Tawau)

Dewan Rakyat diwakili oleh 222 ahli Parlimen dan pada undian semalam separuh daripada mereka menyokong.

Anwar berkata, Pakan Harapan berpuas hati dengan alasan diberikan tiga anggota Parlimen yang tidak hadir semasa proses undian hari ini atas urusan pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang akan berlangsung.

Katanya, PH tidak akan berundur dalam perjuangan sebaliknya akan terus mempertahankan mandat rakyat dengan semangat, kekuatan dan setiakawan baru.

“PH juga bertekad untuk terus berusaha menjadi suara rakyat di Parlimen, sambil meneruskan ikhtiar mengembalikan mandat rakyat” katanya. – SM

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button