fbpx
NasionalPolitik

Skandal RM1.4 bilion perlu tindakan segera

Saya tertarik apabila Anwar Ibrahim membuat ciapan di twitternya tentang pertemuan beliau dengan Dr. Mahathir Mohamad. Tetapi bukan soal peralihan kuasa, tetapi tentang kalangan jemaah menteri menyalahguna kuasa untuk meraih dukungan politik.

Skandal

Dan terkini dakwaan Wee Ka Siong tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Salahuddin Ayub selaku Menteri Pertanian bernilai RM1.4 bilion.

Saya rasa SPRM tidak perlu menunggu lebih lama untuk menjalankan siasatan kerana Ka Siong beliau mempunyai segala bukti.

Rakyat mengharapkan tindakan segera diambil kerana ia mendedahkan kebobrokan kerajaan yang baharu 18 bulan memerintah.

Pertubuhan Peladang

Satu lagi perbuatan tidak bermoral dilakukan oleh Salahuddin apabila mengisi barisan kepimpinan Nafas dengan para pemimpin politik, yang merupakan ditentang oleh Pakatan Harapan dan sudah pastinya bertentangan dengan aspirasi majoriti rakyat.

Rombakan

Jika banyak pihak mahu Menteri Kewangan, Lim Guang Eng digugurkan, bagi saya orang perlu digugurkan ialah Salahuddin apabila berlaku rombakan Kabinet kelak.

Beliau gagal sebagai menteri pertanian hingga bantuan bekalan benih padi kepada pesawa tertangguh selama tiga bulan.

Kesannya musim penanaman dan penuaian padi akan tergendala. Bayangkan jika dua tahun sepatutnya lima musim penanaman dan penuaian, ia hanya akan tinggal empat kali sahaja. Kesannya kepada bekalan beras negara.

Keselamatan

Beras adalah makan ruji penduduk Malaysia. Selain senjata, beras juga adalah keselamatan negara. Ini bermakna apabila berlaku penurunan pengeluaran setahun, Malaysia perlu mengimport lebih banyak beras. Dan apabila negara pengeksport sedar akan masalah kita mereka akan meletakkan harga yang tinggi dan ini merugikan negara.

Petani janganlah lagi dicerita, tentulah pendapatan mereka merosot kerana tuaian yang berkurangan dan pastinya menjejaskan kehidupan mereka, apatah di dalam keadaan ekonomi yang semakin lembab dan dibebani dengan kos sara hidup yang sangat tinggi.

Inilah yang membuatkan golongan muda tidak berminat untuk menceburi bidang pertanian kerana sehingga soal `perut’ negara sendiripun dijadikan perkara politik yang mahu dieksploitasi.

Harapan rakyat

Saya yakin Pakatan Harapan tidaklah kemarau daripada pemimpin yang benar-benar mahu berkhidmat untuk negara dan rakyat.

Semoga rombakan Kabinet kelak walaupun bukan penyelesaian kepada semua masalah, tetapi sekurang-kurang dapat menyelesaikan banyak masalah yang bergentayangan pada masa ini.

Berita berkaitan Wee Ka Siong kecewa https://www.suaramerdeka.com.my/penyelewengan-rm1-4-bilion-lain-ditanya-lain-pula-dijawab/

Pendedahan Wee Ka Siong https://www.suaramerdeka.com.my/skandal-rm1-4-bilion-yang-menggemparkan-sedang-berlaku-dalam-kerajaan-ph/

Show More

Related Articles

Back to top button