Politik

Majlis Presiden PH bermesyuarat hari ini

MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bermesyuarat hari ini di Tropicana, Damansara.

Antara pemimpin yang dilihat tiba di ibu pejabat PKR itu ialah, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Timbalannya, Datuk Seri Salehuddin Ayub.

Daripada Amanah yang turut hadir adalah Pengarah Komunikasinya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Selain itu, wakil pimpinan DAP seperti Setiausaha Agung, Lim Guan Eng hadir ditemani bapanya yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.

Turut hadir daripada DAP adalah, Pengerusinya, Tan Kok Wai; Timbalan Pengerusi, Gobind Singh Deo dan Naib Pengerusi, M. Kulasegaran.

Sementara itu, Anwar dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan tiba lebih awal sebelum mesyuarat yang akan berlangsung pada pukul 4 petang ini.

Mesyuarat Majlis Presiden PH itu dijangka akan membincangkan hala tuju gabungan parti tersebut susulan Perintah Darurat tidak dilaksanakan.

Selain itu, agenda lain yang akan dibincangkan termasuklah sokongan terhadap Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November nanti.

PH sebelum ini dilihat masih berteka-teki untuk memberikan sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan tersebut susulan dinasihatkan oleh Yang di-Pertuan Agong semalam.

Malah, Anwar sebelum ini juga menyatakan sokongan yang hendak diberikan kepada Belanjawan 2021 mestilah memperlihatkan pembangkang berperanan untuk merancang strategi bagi menangani wabak Koronavirus (Covid-19).

Katanya, pendirian PKR masih lagi berpegang kepada agenda reformasi serta menolak penyalahgunaan kuasa dan rasuah. – SM

(Visited 71 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button