Politik

Tun Mohd. Ali, Mohd. Ridhwan tunai tanggungjawab di SK Dato Demang Hussin

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Ab. Rahman turut melaksanakan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin, Bukit Katil bagi Parlimen Hang Tuah Jaya di sini hari ini.

Mohd. Ali dan isteri tiba kira-kira pukul 10.10 pagi menaiki Toyota Alphard berwarna putih.

Selepas mendaftar beliau dan isteri terus ke saluran satu bagi proses membuang undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sejurus selepas itu Mohd. Ali sempat beramah mesra dengan pengundi yang menunggu giliran untuk membuang undi.

Terdahulu anak sulung Yang Dipertua Negeri yang juga calon Barisan Nasional (BN) bertanding di Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd. Ridhwan Mohd. Ali dan isteri, Datin Dr. Nur Azieha Mohd. Ali turut mengundi di sekolah yang sama.

Mohd. Ridhwan yang memakai baju Melayu berwarna biru dan isteri tiba di SK Demang Hussin kira-kira pukul 8.50 pagi. Beliau mengundi di saluran empat manakala isterinya di saluran lima.

Kehadiran beliau turut disertai adik keduanya, Wan Nadzirah dan suaminya, Norazri Othman yang kedua-duanya mengundi di saluran empat di sekolah yang sama.

Sementara itu dua calon lain Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)

dan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd. Azrudin Mohd. Idris pula mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Baru kira-kira pukul 10.15 pagi.

Manakala seorang lagi calon Pakatan Harapan (PH), Adam Adli Abd. Halim pula menunaikan tanggung jawab mengundi di Nibong Tebal, Pulau Pinang. -SM

(Visited 269 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button