Nasional

Sistem #SMILE-pemandu teksi & kereta sewa sengsara

BERANTAIAN isu yang membabitkan pemandu teksi dan kereta sewa kerana terkini, Yang diPertua Gabungan Teksi Malaysia  (GTSM) Kamarudin Hussain mendakwa, beliau menerima banyak panggilan berhubung Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE).

Kamarudin berkata, sejak semalam, beliau menerima banyak panggilan telefon dan pesanan mesej WhatsApp daripada pemandu Teksi dan Kereta Sewa di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Ternyata saranan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong supaya pemandu  teksi dan kereta sewa membuat permohonan surat kebenaran beroperasi melalui sistem #SMILE tidak mampu menyelesaikan kesulitan dan kekeliruan yang sering berlaku di Sekatan Jalan Raya (SJR).

“Sebaiknya saran Menteri mengundang kepada penambahan masalah dan perkara ini telah pun saya panjangkan sendiri kepada pengetahuan pihak Menteri,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Kamarudin, usahanya itu dilakukan kelmarin  dan pihak Menteri berjanji akan menyelesaikan masalah di sistem berkenaan.

“Tetapi setelah melihat maklumbalas yang diberikan oleh pemain industri, saya yakin niat baik Menteri untuk menyelesaikan isu kekeliruan dan kekalutan di SJR dengan menyarankan pemandu membuat permohonan di sistem SMILE ini tidak mungkin akan mencapai kejayaan 100%,” katanya.

Beliau berkata, banyak faktor akan menyebabkan saranan itu gagal dan pada hemat Kamarudin, antaranya adalah seperti berikut:

  1. Sistem SMILE itu sendiri bermasalah.
  2. Sistem SMILE tidak mempunyai ruangan rayuan bagi permohonan yang gagal.
  3. Keupayaan pemandu membuat permohonan. Harus diingatkan sebahagian besar pemandu terdiri daripada golongan yang tidak arif dalam penggunakan internet dan sebagainya.

“Sehubungan itu, saya berharap pihak berkenaan mempertimbangkan cadangan saya agar Kementerian Pengangkutan (MOT) mengeluarkan surat perkeliling secara umum yang boleh digunapakai kepada semua pemandu Teksi dan Kereta Sewa tanpa perlu membuat permohonan,” katanya.

Beliau berkata, mengikut prosedur standard operasi (SOP) Majlis Keselamtan Negara (MKN), sektor perkhidmatan awam adalah dibenarkan beroperasi.

“Jadi adalah lebih mudah jika MOT hanya mengeluarkan surat sokongan kebenaran beroperasi tanpa perlu merumitkan lagi keadaan dengan menyarankan pemain industri membuat permohonan,” jelasnya.

Kata Kamarudin lagi, beliau amat berharap pihak Menteri dapat mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan dan seterusnya mengeluarkan surat kebenaran beroperasi secara terbuka kepada semua pemain industri. – SM

 

 

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button