Nasional

WEZAS UPSI agih RM750,263.65 zakat untuk mahasiswa

PADA suku tahun pertama tahun ini, Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) mengagihkan zakat sebanyak RM750,263.65 untuk manfaat lebih daripada 1000 pelajar dan kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

UPSI sentiasa menjalinkan pelbagai kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat korporat bagi menyuburkan sumbangan zakat – Md Amin

Agihan itu disempurnakan Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman semalam sempena program Majlis Jalinan Kasih Ramadan di Masjid Al-Mursyiddin Kampus Sultan Azlan Shah.

Sempena majlis itu juga seramai 95 pelajar asnaf menerima bantuan yang berjumlah RM27,500.

Dr Abdul Nasir (tengah) menerima replika cek berjumlah RM20,000 dari wakil Fibre Comm Network sambil disaksikan Helmi Zaifura.

Helmi Zaifura berkata program itu bertujuan menyampaikan bantuan jangka panjang kepada golongan mahasiswa berkaitan daripada dana zakat yang disumbangkan oleh kakitangan universiti dan pelbagai badan korporat yang prihatin.

 

Sementara itu Pengarah WEZAS, Prof. Madya Dr. Abdul Nasir Abd Latif berkata, mereka yang menerima bantuan dipecahkan kepada empat kategori iaitu kelompok pertama pelajar yang ditawarkan bantuan jangka panjang di bawah Program Sulong yang dilancarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada tahun 2022.

“Kelompok kedua ialah penerima dermasiswa zakat yang mendapat perhatian khusus daripada pihak WEZAS manakala kelompok ketiga pula adalah penerima Bantuan Khas Saudara Baru yang menyasarkan kepada mana-mana pelajar yang baru memeluk agama Islam,” jelasnya.

Kelompok keempat dan terakhir ialah, golongan sasar yang terdiri daripada pelajar yang tidak mendapat tajaan atau pinjaman daripada mana-mana agensi.

Helmi Zaifura (tengah, berbaju biru) dan Abdul Nasir (kiri) bersama sebahagian daripada 95 pelajar penerima duit raya zakat

Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff menerusi satu kenyataan berkata walaupun terdapat pelbagai inisiatif program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu golongan pelajar terkesan tetapi sebagai pusat pengajian tinggi, UPSI sentiasa menjalinkan pelbagai kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat korporat bagi menyuburkan lagi usaha murni tersebut.

“Usaha ini juga adalah salah satu daripada lima belas skim bantuan zakat ditawarkan oleh WEZAS kepada pelajar dan kakitangan yang memerlukan, diharapkan dapat membantu golongan sasaran ini meneruskan pengajian di kampus sesuai dengan hasrat universiti untuk merealisasikan impian pendidikan pelajar kategori asnaf di UPSI,”

Hadir sama wakil-wakil pihak penyumbang badan korporat iaitu, Maybank Islamic Bank Berhad, Fibrecomm Network (M) Sdn Bhd. dan UPSI Holding Berhad, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, kakitangan dan para pelajar. -SM

(Visited 181 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button