NasionalNegeri

Sistem Digital: Perlis akan perbanyakkan kursus untuk peniaga

KERAJAAN negeri akan berusaha untuk memperbanyakkan lagi kursus bagi membolehkan para peniaga di negeri ini tidak tersisih dari perkembangan sistem pendigitalan pada masa kini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Usahawan & Ekonomi Kreatif Negeri, Wan Zikri Afthar Ishak berkata, sekaligus ini akan meningkatkan lagi “ilmu” berkaitan ini di kalangan peniaga.

Tambahan pula katanya, kini Perlis ke arah Go Cashless dan sudah pasti setiap peniaga tidak boleh menolak untuk mahir sistem ini.

Wan Zikri Afthar Ishak memberikan peralatan kepada salah seorang penerima pada majlis Penyerahan Bantuan Perniagaan Menteri Besar Perlis di Dewan Residensi di Kangar, petang semalam.

Katanya, ilmu berkaitan pemasaran khususnya cara melaksanakan jualan online dan menggunakan media sosial seperti Facebook(FB) adalah perlu kerana ia adalah trend perniagaan masa kini.

“Kemungkinan yang muda tiada masalah tetapi yang berumur 50-an ke atas perlu didedahkan ilmu ini secara lebih khusus,” katanya selepas majlis Penyerahan Bantuan Perniagaan Menteri Besar Perlis di Dewan Residensi di Kangar, petang semalam.

Sebanyak 21 peniaga menerima bantuan peralatan bagi kegunaan perniagaan masing-masing.

Wan Zikri Afthar berkata, kebanyakannya juga adalah peniaga makanan selain pemotong rumput.

“Kita berharap para penerima hari ini mengggunakan peralatan percuma ini dengan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata, semoga dengan bantuan ini akan membolehkan para peniaga terus kekal menjalankan perniagaan masing-masing. – SM

BACA Cadangan lesen memandu digital dipersetujui Kabinet

(Visited 51 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button