Hiburan

Single pertama Arul Rasheed, Jagakan Dia trending

INDUSTRI seni dan hiburan di Malaysia tidak pernah sunyi daripada kemunculan penyanyi baharu bagi mewarnai kanvas seni suara.

Sama ada berkualiti atau tidak, mampu bertahan lama ataupun sekadar tampil untuk mengejar glamor, pintu industri hiburan tanah air tidak pernah tutup untuk kemunculan pendatang baharu.

Bagi yang mengenali Arul Rasheed, baguslah. Bagi yang tidak mengenali siapakah anak muda ini, beliau merupakan figura yang dikenali di media sosial, Tiktok.

Setiap pengisian atau content yang dihasilkannya sentiasa mencecah ratusan ribu sehingga jutaan tontonan.

Kebanyakan content yang dihasilkannya berkisar tentang kehidupan sehariannya dan juga nyanyian.

Setelah hampir 10 tahun bergelumang dalam media sosial, Arul akhirnya menghasilkan single pertamanya berjudul “ Jagakan Dia”. Lagu ini nukilan Aiman Sidek dan lirik ciptaan Aiman juga.

Untuk rekod, Aiman ialah seorang penyanyi dan atara lagu nyanyian beliau ialah Cinta Terakhir, Cinta Sejati dan Bunga Dhia.

Melangkah selanjutnya, Aiman mengukir namanya sebagai komposer untuk lagu berjudul Wanita Terbaik nyanyian Furqan Fawwaz, Tulus dari Adi Priyo dan Nabila Razali.

Pendek kata, dalam rekod komposisi, Aiman banyak menghasilkan lagu untuk penyanyi lain termasuk lagu berjudul Jagakan Dia, edaran syarikat rakaman NAR Records Sdn Bhd.

Berbalik kepada kisah pendatang baharu, menurut Arul, dia mengambil masa yang lama untuk keluar daripada linkungan media sosial.

Bukan kerana takut cuma sebelum ini, dia merasakan masanya belum sesuai. Jadi, sekarang adalah masa yang paling tepat untuk Arul sendiri mencuba keluar daripada kepompong kebiasaannya.

Peluang yang diberikan oleh Aiman selaku komposer dan NAR Records kepada Arul menjadi pemangkin kepadanya untuk terus mencuba nasib dan mencipta kejayaan dalam industri muzik Malaysia.

Jagakan Dia menampilkan melodi yang indah manakala liriknya pula mempunyai maksudnya tersendiri. Ia boleh dijadikan kisah cinta, persahabatan ataupun kekeluargaan. Mengikut interpretasi individu masing-masing.

Kata Arul, dia mengharapkan lagu Jagakan Dia dapat menambat hati para pendengar Malaysia mahupun negara serantau dan dapat membawa namanya lebih jauh dalam industri muzik tanah air.

Untuk makluman, sehari muzik video Jagakan Dia diterbitkan, ia berjaya mencecah 100,000 tontonan dan trending di Youtube.

Sekali lagi Arul menyandarkan harapan agar single pertamanya itu dapat menambat hati pendengar muzik tanah air dan berjaya menarik perhatian pempengaruh  media sosial Arul Rasheed. – SM

BACA Hafiz Suip Terus Bersinar dengan single terbaharunya

(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button