Hiburan

Risau dijangkiti Covid-19, ramai cari khemah yang digunakan Amar Baharin

JUMLAH kes yang tinggi saban hari membuatkan ramai yang risau dijangkiti Covid-19 tetapi terpaksa mengambil risiko terutamanya bagi mencari pendapatan untuk meneruskan kehidupan.
Begitu juga dengan pelakon. Terpaksa mengambil inisiatif tambahan untuk melindungi diri daripada dijangkiti wabak tersebut terutamanya ketika berada di set pengambaran.
Terbaharu, pelakon, Amar Baharin memuat naik gambarnya ketika berada di sebuah set pengambaran bersama sebuah khemah.
Khemah tersebut hanya mampu memuatkan Amar sahaja dan dia juga memberitahu itu sebagai langkah pencegahan yang terbaik buatnya.
“Saya ni bukan anti-sosial. Kita ada anak-anak dan keluarga. Mencegah lebih baik bukan,” katanya.
Ternyata apa yang dilakukan Amar itu mendapat perhatian pelakon-pelakon lain yang menyifatkan tindakan pelakon itu sesuatu yang sangat bagus.
Malah, pelakon seperti Dynas Mokhtar, Nad Zainal, Mona Allen dan Redza Rosli juga memberitahu yang mereka cukup berminat untuk memiliki khemah Amar itu. -SM
(Visited 468 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button