NegeriRencah Hidup

Simposium pengurusan keluarga wajar jadi rujukan bentuk keluarga harmoni

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, persidangan atau simposium perbincangan ilmiah mengenai isu pengurusan rumah tangga dan kekeluargaan wajar menjadi rujukan bagi membentuk sebuah keluarga yang harmoni.

Baginda bertitah, wadah ini dapat membuka minda di samping melebarkan pengetahuan para peserta dan masyarakat tanpa mengira latar belakang mengenai kemaknaan serta peranan yang dimainkan oleh institusi kekeluargaan demi kesejahteraan generasi masa kini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan para hadirin semasa merasmikan Simposium Antarabangsa Kursi Jamalullail UIM dengan MAIPs 2023 (SKJ 2023) di Kangar.

Baginda bertitah agar dapatan dan hasil diskusi simposium ini mampu menjadi satu garis panduan dalam pelaksanaan tanggungjawab serta akauntabiliti setiap institusi sosial.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan Simposium Antarabangsa Kursi Jamalullail Universiti Islam Malaysia (UIM) dengan Majlis Agama Islam Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) 2023 (SKJ 2023) di Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Canselor Universiti Islam Malaysia (UIM) Tun Ahmad Fairuz Datuk Sheikh Abdul Halim dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor serta Naib Canselor UIM, Prof. Emerita Siti Naaishah Hambali.

Simposium yang bertemakan “Pengurusan Rumah Tangga Mawaddah dan Rahmah” ini telah dianjurkan oleh UIM dengan kerjasama MAIPs.

Ia adalah platform ilmiah yang mempertemukan para cendekiawan, pakar, dan mereka yang berminat dalam bidang kekeluargaan untuk berbincang, berdiskusi, dan berkongsi pandangan.

Prof. Emerita Siti Naaishah dalam ucapannya menyatakan, pengurusan rumahtangga yang harmoni adalah asas kepada pembinaan masyarakat yang stabil dan sejahtera.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan merasmikan Simposium Antarabangsa Kursi Jamalullail UIM dengan MAIPs 2023 (SKJ 2023) di Kangar.

Ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang nilai-nilai mawaddah dan rahmah sangat penting.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga kepada MAIPs atas sumbangan besar mereka dalam menyumbang dana berjumlah RM1.5 juta kepada UIM,” tambah beliau lagi.

UIM telah menggunakan sumbangan ini bagi menjalankan aktiviti pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan inovasi serta merancakkan perkembangan ilmu pengetahuan.

Kursi ini telah menaja lima pelajar Doktor Falsafah (PhD) dan tujuh pelajar Sarjana dalam bidang Quran dan Sunnah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah merasmikan Simposium Antarabangsa Kursi Jamalullail UIM dengan MAIPs 2023 (SKJ 2023) di Kangar.

Dalam bidang penerbitan pula, kursi ini telah menghasilkan 18 buah buku serta16 artikel akademik di jurnal-jurnal berindeks tinggi. – SM

BACA Raja Muda Perlis berkenan lancar Simposium Pembangunan Sosial Belia

(Visited 61 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button