NasionalNegeri

Raja Muda Perlis berkenan lancar Simposium Pembangunan Sosial Belia

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan ‘Simposium Pembangunan Sosial Belia Peringkat Negeri Perlis’ di pekarangan Dewan Besar, Felda Chuping, Padang Besar hari ini.

Simposium selama dua hari mulai semalam itu dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Perlis sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2022 Peringkat Negeri Perlis.

Keberangkatan Baginda disambut Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pembangunan Belia) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Dr. Zainah Shariff.

Berangkat sama anakanda-anakanda Baginda, Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri, Asmaiza Ahmad dan Mufti Perlis, Prof. Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang turut menyampaikan tazkirah.

Selepas program tersebut, semasa bertitah, Raja Muda percaya melalui sistem pendidikan yang berkualiti, golongan belia hari ini dapat menangani perubahan yang berlaku terutamanya perubahan nilai moral dalam masyarakat.

Titah Baginda, dengan penerapan nilai kehidupan secara semula jadi melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga dapat membentuk amalan baik dalam kalangan generasi masa kini. – SM

(Visited 223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button