Ekonomi

Sime Darby Property terbitkan Sukuk Musharakah RM800 juta

SIME Darby Property Bhd. buat kali pertamanya hari ini menerbitkan Sukuk Musharakah di bawah Program Sukuk Musharakah yang bernilai RM4.5 bilion dengan saiz terbitan berjumlah RM800 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata terbitan sukuk itu terdiri daripada Sukuk Mushakarah SRI Lestari ASEAN RM150 juta untuk tempoh lima tahun, Sukuk Musharakah RM500 juta bagi tempoh tujuh tahun dan Sukuk Musharakah RM150 juta bagi tempoh 10 tahun.

Hasil daripada terbitan Sukuk Musharakah itu kesemuanya adalah patuh syariah dan akan digunakan untuk membiayai pelaburan dan/atau perbelanjaan modal kumpulan Sime Darby Property, pada masa depan.

Syarikat itu berkata ia juga akan digunakan untuk keperluan modal kerja kumpulan dan tujuan korporat am dan/atau membiayai semula obligasi hutang.

Sementara itu, hasil daripada terbitan Sukuk Mushakarah SRI Lestari ASEAN akan digunakan untuk memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kerangka Sukuk Lestari Sime Darby Property.

Ia akan mengikut garis panduan atau kerangka atau piawaian, seperti yang dipinda dari semasa ke semasa mengikut Sukuk Mushakarah SRI Lestari ASEAN yang diterbitkan.

Malaysian Rating Corporation Bhd telah memberi penarafan kredit AA+IS selain unjuran stabil kepada Program Sukuk Musharakah Sime Darby Property. – BERNAMA

(Visited 359 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button