Ekonomi

Bekas timbalan pengarah Khazanah dilantik CEO baru PNB

Syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia, Permodalan Nasional Bhd (PNB) melantik Ahmad Zulqarnain Onn sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya (PGCE) yang baru, berkuat kuasa 1 Julai 2020.

Beliau akan menggantikan Abdul Jalil Abdul Rasheed yang meletak jawatan secara mengejut pada 15 Jun.

Sebelum ini, Ahmad Zulqarnain merupakan Timbalan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), dan mempunyai pengalaman lebih 23 tahun dalam sektor perkhidmatan kewangan dan korporat, menurut PNB dalam kenyataan hari ini.

“Berdasarkan semua keperluan yang telah ditetapkan, PNB telah menerima kesemua kelulusan yang diperlukan bagi pelantikan PGCE yang baru, termasuk daripada Yayasan Pelaburan Bumiputra, Lembaga Pengarah PNB dan pihak badan kawal selia,” katanya.-Bernama

(Visited 444 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button