fbpx
Ekonomi

Media Prima buang 300 pekerja

Media Prima Bhd (Media Prima) memberhentikan 300 orang kakitangannya berkuatkuasa 31 Julai. Kesemua petugas yang akan diberhentikan itu menerima notis hari ini.

Media Prima dalam satu kenyataan berkata, pemberhentian itu adalah sebahagian daripada inisiatif untuk mengatasi ketidakcekapan kos akibat pertindihan tugas.

“Sebelum ini, Media Prima mengumumkan bahawa ia akan melaksanakan fasa transformasi perniagaan yang seterusnya. Perubahan yang mengganggu dalam sektor media dan keadaan ekonomi makro yang mencabar, dijejaskan lagi oleh faktor pemboleh ubah yang tidak diketahui akibat pandemik COVID-19,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut keputusan ini dibuat selepas perbincangan antara pihak pengurusan dan wakil daripada lima kesatuan sekerja dilakukan.

Pada Mac lalu seramai 543 pekerja Media Prima menerima nasib yang sama.-SM


Show More

Related Articles

Back to top button