Politik

Raja Petra nampak terdesak serang Isham Jalil

Hamzah Zainuddin, sila kemukakan bukti tersebut

KETUA Penerangan UMNO, Isham Jalil menangkis video pembelaan blogger yang tidak asing lagi, Raja Petra berkaitan dengan “sedekah” Perikatan Nasional (PN) yang mana blogger tersebut cuba mempertahankan tindakan PN yang tidak merasuah pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.

Isham juga dalam catatannya meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin tampil dengan alibi atau bukti-bukti seperti mana dakwaannya, ada untuk membersihkan Perikatan Nasional daripada rasuah.

Berikut adalah catatan penuh Isham:
Semalam Raja Petra membuat video mempertahankan “sedekah” Perikatan Nasional. Dia juga mengulas berkenaan saranan saya supaya Hamzah Zainuddin menunjukkan bukti kukuh bahawa PN tidak rasuah pengundi.

Katanya lagi, sepatutnya orang yang menuduhlah menunjukkan bukti, bukan orang yang dituduh.

Saya faham undang-undang, perkara ini dalam kebanyakan kes adalah betul. Namun ia tidak setiap masa betul.

Bezanya kali ini, sehari sebelum saya mengutarakan saranan di atas, Hamzah Zainuddin yang membuat kenyataan media bahawa kononnya dia ada bukti kukuh yang PN tidak memberi rasuah kepada pengundi walaupun banyak video-video tular dan laporan polis telah dibuat menunjukkan sebaliknya.

Oleh itu, jika dia (Hamzah) sudah ada bukti kukuh seperti yang dinyatakannya maka tunjukkanlah kepada rakyat dan tidak perlulah rakyat tertunggu-tunggu untuk menutup isu ini atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) bersusah-susah dan berhabis sumber untuk mencari bukti sebaliknya.

Dalam undang-undang jenayah, jika seseorang yang dituduh itu tidak bersalah dan ada alibi maka dia sepatutnya menyatakan alibinya untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah supaya pendakwa boleh mengecualikannya dari dituduh.

Jika orang yang dituduh itu kata dia ada alibi namun tidak berupaya menunjukkan alibinya maka kemungkinan besarnya dia berbohong.

Saya ingin mencadangkan kepada Raja Petra supaya baca habis dahulu sesuatu perkara sebelum menyerang dengan maklumat sekerat-sekerat.

Raja Petra mengulas lagi dengan berkata, contohnya, apa kata kalau dia tuduh saya pernah melakukan hubungan seks di luar tabii dengan Anwar Ibrahim, adakah saya yang perlu mencari bukti untuk menafikannya?

Jawapannya tidak, saya (yang dituduh) tidak perlu mencari bukti untuk menafikannya (walaupun saya tidak pernah salampun dengan Anwar Ibrahim atau bersemuka secara dekat dengannya).

Saya pun boleh bertanya kepada Raja Petra untuk menjelaskan jika dia dituduh pernah melakukan hubungan seks dengan kambing.

Tetapi saya tidak akan berbuat demikian sebab ini bukanlah stail dan cara saya berpolitik. Saya selalu berkata, saya tidak mahu bawa politik kotor atau serangan peribadi.

Saya pernah berkata, di Malaysia ini politik telah menjadi terlalu toksik dengan negativiti dan kita perlu bersihkannya dengan positiviti. Usah lawan fitnah dengan fitnah tetapi kita lawan fitnah dengan fakta.

Namun tuduhan-tuduhan begini adalah perkara biasa dalam politik di seluruh dunia dari dulu sehingga sekarang untuk memfitnah dan memburukkan orang lain terutama lawan politik.

Pada tahun 1970an, semasa kempen Pilihan Raya Presiden di Amerika Syarikat, Presiden Lyndon Johnson telah menuduh lawannya suka melakukan seks dengan haiwan (khinzir).

Mengikut laporan, Johnson telah mengarahkan orang di bawahnya untuk menyebar fitnah tersebut dan orang bawahannya menegurnya yang orang ramai tidak akan percaya cerita mengarut ini.

Namun Lyndon Johnson menjawab, “Aku tahu cerita itu tidak betul namun aku hanya mahu lihat dia menafikannya:

“This is one of the oldest and most effective tricks in politics. Every hack in the business has used it in times of trouble, and it has even been elevated to the level of political mythology in a story about one of Lyndon Johnson’s early campaigns in Texas.

“The race was close and Johnson was getting worried. Finally he told his campaign manager to start a massive rumour campaign about his opponent’s life-long habit of enjoying carnal knowledge of his barnyard sows.

“Christ, we can’t get away with calling him a pig-fxxker,” the campaign manager protested. “Nobody’s going to believe a thing like that.”

“I know,” Johnson replied. “But let’s make the sonofabitchh deny it.”

Namun demikian, contoh kes Lyndon Johnson ini adalah berlainan dengan kes Hamzah Zainuddin di atas di mana Hamzah yang berkata dahulu bahawa dia ada bukti kukuh bahawa PN tidak beri rasuah kepada pengundi.

Apabila Hamzah sukarela memberi kenyataan bahawa dia kononnya ada bukti ini maka dia perlu mengemukakannya sebagaimana kes alibi di atas untuk menjimatkan sumber awam yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk mencari bukti sejajar dengan dasar awam mahupun supaya rakyat boleh tutup isu ini dan fokus kepada masalah lain.

Namun tidak, sehingga hari ini Hamzah tidak pun kemukakan bukti yang dia kata kononnya dia ada.

Besar kemungkinan Hamzah tidak bercakap benar ataupun kepercayaannya bahawa dia ada bukti kukuh itu sebenarnya ke laut.

Sekali lagi saya ingin sarankan kepada Hamzah Zainuddin supaya kemukakan bukti yang kamu kata kamu ada tersebut supaya kes ini boleh segera disudahkan.

Dan kepada Raja Petra, usahlah nampak terdesak sangat ingin menyerang saya hanya kerana kamu ingin mempertahankan “sedekah” atau rasuah PN. Rasuah tetap rasuah, ia bukan sedekah. Usah tegakkan benang yang basah.

Kita perlu bersihkan politik Malaysia ini dari rasuah dan ke arah politik dasar yang lebih positif. – SM

(Visited 320 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button