BeritaPolitik

Peluang saya bersihkan nama saya – Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau diperlukan oleh Hakim untuk membela diri dalam kes SRC.

“Pilihan saya untuk membela diri ialah dengan memberi keterangan secara bersumpah di mana saya boleh disoal balas oleh pendakwa raya,” katanya dalam hantaran Facebook.

Najib berkata, beliau dan peguam-peguam juga diberikan peluang untuk memanggil saksi-saksi pembelaan buat kali pertama dalam kes SRC ini.

“Sehingga kini, hanya saksi-saksi pendakwa raya telah dipanggil dan kali ini saksi-saksi pembelaan akan diberi peluang untuk memberi gambaran sebenar dan membuktikan saya tidak bersalah.

“Inilah peluang untuk membersihkan nama saya tidak lama lagi di dalam mahkamah,” katanya.


(Visited 26 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button