Politik

Ketua Pemuda Pas bersyukur dilantik Senator

Ketua Pemuda Pas Khairil Nizam Khirudin bersyukur atas perlantikan sebagai Senator hari ini.

Khairil Nizam yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional berharap akan dapat mengalas tugas dengan cemerlang.

“Alhamdulillah, saya dengan penuh rasa rendah diri mengucapkan syukur kepada Allah SWT. Terima kasih juga kepada semua rakan Twitter atas sokongan.

“Mohon doakan saya dapat memikul amanah baru ini dengan cemerlang dan dapat membawa suara rakyat Malaysia,” ciap Khairil Nizam di Twitternya.

Khairil Nizam mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pada majlis yang berlangsung di Bangunan Parlimen, hari ini.

Beliau yang merupakan lantikan Yang di-Pertuan Agong mengangkat sumpah jawatan tersebut di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Rais dalam ucapannya berkata, latar profesionalisme dan kepakaran Khairil Nizam diharapkan dapat digembleng sepenuhnya.

“Dengan cerminannya bukan sahaja perlu diterjemahkan dalam sesi persidangan di dewan ini, tetapi harus meliputi semua aspek agar sesuai dengan kedudukan Dewan Negara selaku badan legislatif tertinggi negara,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua Ahli Dewan Negara agar melunaskan tanggungjawab mereka sebaik mungkin.

Menurutnya, jalur pemikiran hendaklah diketengahkan secara tuntas, berwibawa serta intelektual mencakupi dan mewakili semua suara kelompok rakyat tanpa ada yang tercicir.-SM

(Visited 312 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button