Politik

Sempena Persidangan Agung Putra, tema perjuangan bersih dan bermoral

PARTI Putra Malaysia (Putra) mengadakan persidangan agung 2021 terpaksa ditangguhkan dengan mengambil maklum kesukaran yang dihadapi oleh semua pertubuhan parti politik akibat Covid-19 dan kesukaran bencana banjir besar yang melanda di beberapa negeri.

Justeru Perhimpunan Agung Tahunan PUTRA kali yang Kedua yang sepatutnya berlangsung pada 24, 25 dan 26 December 2020 ditunda pada 21, 22 dan 23 Januari 2021.

Setiausaha Agung PUTRA, Borhan Ahmad Zakaria dalam kenyataannya berkata, berdasarkan pertimbangan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) membenarkan penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan PUTRA sehingga 31 Januari 2022.

“Tarikh baharu Perhimpunan Agung Tahunan PUTRA kali yang Kedua akan diadakan pada 23 Januari 2022.

“Perasmian dan Persidangan Tahunan Sayap-Sayap Putra (Wiranita, Wira dan Wirawati) kebangsaan akan berlangsung pada 21 dan 22 Januari 2022 bertempat di Kelab Sultan Suleiman, Kampung Bharu, Kuala Lumpur,” katanya.


Beliau juga berkata, Perhimpunan Agung Tahunan PUTRA kali yang Kedua bagi tahun 2021 akan diadakan pada 23 Januari 2022 (Ahad) bertempat di Kompleks MITEC, No. 8, Jalan Dutamas 2, Kuala Lumpur.

Kehadiran para Perwakilan  PUTRA di seluruh negara dan Bahagian yang berjaya mengadakan Persidangan Tahunan di Bahagian masing masing katanya.

“Mesyuarat Bahagian Tahunan dianggarkan sekitar 1,000 orang, 95 Bahagian telah selesai menjalankan amanah parti dengan jawatan kuasa yang baharu dipilih semasa Persidangan Tahunan Bahagian seperti termaktub dalam Perlembagaan parti PUTRA bagi sesi 2021-2024.

“Perwakilan Bahagian yang bersidang telah memilih Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian 1, Naib Ketua Bahagian 2 dan 10 AJK termasuk Ketua-Ketua Sayap, Setiausaha, Ketua Penerangan, Bendahari dan 5 AJK lantikan yang dipilih oleh Ketua Bahagian,” jelasnya.

Borhan berkata, 10 orang Perwakilan dari kalangan Jawatan Kuasa Bahagian di kalangan pemegang jawatan penting secara automatik layak hadir sebagai perwakilan.

“Jumlah Ahli Dewan Tertinggi (ADT) seramai 34 orang, 15 Perwakilan Exco setiap Sayap-Sayap (Wiranita, Wira dan Wirawati) juga layak hadir bersidang ke Persidangan Tahunan Putra Ke-2 Tahun 2021 yang terpaksa ditunda kepada 21 hingga 23 Januari 2022 kerana pasca Covid-19 dan banjir,” ujar beliau.

Tema Perhimpunan Agung Tahunan PUTRA kali ini, kata Borhan adalah Perjuangan Bersih dan Bermoral, ia teras kelangsungan, kelahiran dan falsafah perjuangan parti yang mana pemimpin bersih dan bermoral pasti menjamin rakyat sejahtera dan negara menjadi berkat. – SM

(Visited 120 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button