Analisis

Siapa bawa Kertas Cadangan Kabinet ke Mesyuarat Kabinet?

Ringkasan penghakiman kes rayuan Najib Razak-SRC International

HAKIM-HAKIM Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya mengeluarkan pandangan seperti berikut :

Kes SRC International ini bermula apabila SRC melalui sepucuk surat dari Shahrol Azmi (CEO 1MDB) kepada Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri (PM) dan Menteri Kewangan pada ketika itu) mengemukakan permohonan untuk mendapatkan grant daripada Kerajaan pada (24.8.2010) berjumlah RM3 bilion.

To set up SRC as a strategic resource vehicle to maintain strategic stakes in key resources such as coal, alumina, uranium and iron as well as oil and gas.

Melalui permohonan tersebut, Najib Razak telah menulis satu minit kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Menteri EPU) agar permohonan ini dikaji dan diberi ulasan.

Setelah diteliti permohonan tersebut (atas arahan PM), EPU menolak permohonan itu pada 12.10.2010.

EPU sebaliknya menawarkan launching grant sebanyak RM20 juta kepada SRC tetapi tidak di terima oleh SRC.

SRC kemudiannya diletakkan di bawah MOF Inc. dan memohon kepada PM Najib Razak melalui sepucuk surat (pada 3.6.2011) dari Nik Faizal (Pengarah SRC) kepada Najib Razak (PM dan Menteri Kewangan) untuk SRC mendapatkan pinjaman (loan) daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP-Duit Rakyat) sebanyak RM3.95 bilion bagi tujuan “to pursue the strategic investment plans for SRC.

Najib Razak menulis satu minit kepada Datuk Azian Mohd. Noh (CEO KWAP) menyatakan bahawa beliau bersetuju dengan cadangan SRC ini.

Surat minit tersebut telah diserahkan secara tangan oleh Datuk Azlin Alias (KSUS PM) kepada Datuk Azian (CEO KWAP) pada 5.6.2011.

CEO KWAP mengarahkan Fixed Income Department memproses permohonan pinjaman (loan) tersebut.

Akhirnya KWAP Investment Panel meluluskan loan RM2 bilion pada tahun 2011 dan tambahan RM2 bilion pada tahun 2012 kepada SRC.

KWAP bersetuju meluluskan kedua-dua loan di atas persetujuan Kerajaan memberikan Gurantee terhadap kedua-dua loan tersebut.

Permohonan untuk mendapatkan Gurantee Kerajaan terhadap loan tersebut dibuat dan diproses oleh Kementerian Kewangan.

Penyertaan PM Najib Razak dalam kedua-dua Mesyuarat Kabinet dan meluluskan kedua-dua Government Gurantee dengan nilai RM2 bilion setiap permohonan adalah merupakan basis pertuduhan di bawah Seksyen 23 MACCA (the charge of the use of position for gratification).

Najib Razak selaku PM telah membawa satu Kertas Kabinet untuk Government Gurantee terhadap loan RM2 bilion tersebut atas kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Kabinet meluluskan Kabinet Paper yang dibawa oleh Najib Razak ketika itu.

Najib Razak tidak nyatakan kepentingan (interest) beliau sebagai Penasihat Emeritus kepada SRC International.

Loan kedua sebanyak RM2 billion juga daripada KWAP, Government Guranteenya diluluskan oleh Kabinet yang di Pengerusikan oleh Najib Razak.

Kehadiran dan penyertaan tertuduh Najib Razak di dalam meluluskan kedua-dua Government Loan Gurantee untuk loan dari KWAP berjumlah RM4 bilion ringgit adalah merupakan asas paling penting dalam Pertuduhan Seksyen 23 MACCA – Menggunakan kedudukan untuk mendapatkan sebarang imbuhan (the use of position for gratification). – SM

(Visited 744 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button