AnalisisPolitik

Realiti politik PRU15

Apa perkara penting rakyat perlu tahu

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) bermula semalam selepas penamaan calon.

Seramai 945 orang telah menawarkan diri sebagai calon di 222 kerusi Parlimen, satu angka terbesar dalam sejarah politik negara.

2. Kini, Rakyat akan memilih arah tuju negara. Rakyat akan memilih Kerajaan yang mana satu akan diberi peluang memerintah negara ini.

Mandat Rakyat ini juga akan menentukan samada PM Ismail Sabri akan kembali sebagai Kerajaan dan Perdana Menteri ataupun Rakyat memilih untuk memberi peluang kepada Anwar Ibrahim menerajui negara sebagai PM.

3. Anwar Ibrahim yang berumur 75 tahun, jelas memperlihatkan ini merupakan cubaan terakhir beliau untuk jadi Perdana Menteri.

It is Now or Never, dalam bahasa Inggeris.

4. Ketika menghadapi PRU ke 15 ini, saya tidak mahu menulis panjang lebar. Tidak sempat untuk dibaca.

Baik saya straight to the points.

*ISU-ISU PEMBANGKANG.*

5. Pihak pembangkang mengunakan kesemua platform Social Media untuk menyampaikan isu-isu penting kepada rakyat, selain daripada mengadakan ceramah setiap malam. Antara isu yang dimainkan adalah seperti berikut ;

(i). *PRU KETIKA MUSIM BANJIR.*
Pembangkang memulakan kempen menghasut rakyat kononnya PM Ismail Sabri mengadakan PRU ketika musim banjir adalah satu tindakan yang tidak perihatin terhadap rakyat sekiranya banjir besar berlaku.

Perkara kedua, pembangkang juga tuduh, PRU diadakan pada musim banjir ini adalah kerana Kerajaan berniat agar tidak ramai rakyat keluar mengundi, ini akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.

*JAWAPAN KEPADA ISU BANJIR.*
Pertama, Jabatan Met. melapurkan bahawa belum ada sebarang tanda akan berlaku banjir besar pada tahun ini. Lagi pula, PRU ke 15 pada 19 November (tarikh mengundi), masih lagi berada didalam keadaan selamat sebelum musim hujan monson tiba.

Kedua, pemimpin-pemimpin PKR terutamanya Anwar Ibrahim, Rafizi dan Mat Sabu berucap menghasut rakyat mengenai isu banjir ini, seolah-olah memberi gambaran bahawa setiap kali berlaku banjir, merekalah Hero dan Wira Banjir untuk rakyat.

Padahal, mereka langsung tidak kelihatan ketika banjir besar berlaku di Negeri Selangor tahun lalu.

Padahal Negeri Selangor diperintah oleh Kerajaan PKR. Manakala tempat banjir yang teruk berlaku didalam kawasan Mat Sabu iaitu Parlimen Kota Raja.

(ii). *ISU PEMIMPIN UMNO RASUAH DAN PAK SAKAU.*
Rafizi dan Anwar memainkan persepsi negatif ini terhadap pemimpin-pemimpin UMNO seolah-olah semua pemimpin UMNO terpalit dengan rasuah dan mencuri duit rakyat.

Taktik yang sama digunakan pada PRU ke 14, dengan memainkan isu Skandal Kewangan 1MDB sehinggakan Kerajaan Najib Razak jatuh.

*JAWAPAN KEPADA ISU RASUAH.*
Terbukti bahawa PM Ismail Sabri kotakan kata-kata beliau dengan tidak mencampuri sebarang kes-kes jenayah yang didengar di Mahkamah.

Terbukti juga, Najib Razak yang didapati bersalah dalam kes 1MDB kini berada di Penjara Kajang, menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh 9 Hakim-Hakim yang mendengar kes tersebut.

Terbukti juga, Presiden UMNO, Zahid Hamidi masih berhadapan dengan 40 lagi kes di Mahkamah Tinggi.

Tetapi, 47 pertuduhan yang lain, telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan Zahid Hamidi tidak perlu membela diri.

Ini jelas membuktikan bahawa PM Ismail Sabri memegang Doktrine Rule of Law iaitu Keluruhan Undang-Undang bagi memastikan Sistem Perundangan berjalan dengan lancar.

Parti UMNO bukan parti perasuah.

Malahan UMNO tidak pernah melindungi pemimpinnya yang dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan rasuah termasuklah bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Harun Hj. Idris.

(iii). *ISU ZAHID HAMIDI SEBENARNYA MAHU JADI PERDANA MENTERI.*
Isu ini juga dimainkan oleh Rafizi.

Walaupun sudah berkali-kali UMNO nyatakan bahawa Calun PM daripada BN adalah Ismail Sabri.

*JAWAPAN.*
Walaupun sekiranya BN menang PRU ke 15 ini, tiada sebarang jaminan atau 100% peratus gurantee bahawa Ismail Sabri akan dilantik semula sebagai Perdana Menteri. Tetapi ini adalah merupakan ketetapan yang telah diambil oleh MKT dan Perhimpunan Agong UMNO Malaysia.

Dan secara logiknya, tak kanlah YDP Agong, sebagai Raja Pemerintah Negara ini, memilih seorang yang masih berhadapan dengan 40 pertuduhan jenayah di Mahkamah, untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Tidak cantik dilihat oleh Negara-Negara lain dari seluruh dunia.

Ianya akan membawa persepsi yang amat negatif terhadap Negara Malaysia sekiranya ini dilakukan.

*PELUANG UMNO-BN DALAM PRU KE 15 INI.*

6. Tanpa menghuraikan dengan detail dan panjang lebar disini, secara terus biar saya nyatakan kedudukan terkini BARISAN NASIONAL didalam PRU ke 15 ini.

BN terkini mempunyai 42 orang Ahli Parlimen sebelum Dewan Rakyat dibubarkan pada 10 Oktober yang lalu.

Untuk memerintah Kerajaan Persekutuan, BN perlukan paling kurang 112 kerusi parlimen.

7. Dengan bertanding Solo, tanpa bergabung dengan Perikatan Nasional, adalah amat sukar untuk BN menang 112 kerusi.

Untuk menang 100 kerusi Parlimen pun adalah amat sukar untuk BN.

8. Oleh yang demikian, kita perlu meninjau dahulu keadaan di Sabah dan di Sarawak.

*SARAWAK.*
Di Negeri Sarawak, keadaan politik lebih stabil setelah Sarawak menyelesaikan Pilihanraya Negeri Sarawak.

Sarawak hanya perlu memberikan perhatian penuh kepada kerusi-kerusi Parlimen.

Dan Premier Sarawak telah pun menyatakan bahawa Parti Pesaka Bumiputra Sarawak akan berupaya secure (menang) 26 kerusi Parlimen.

*SABAH.*
Di Negeri Sabah, keadaan politik Negeri ini agak berbeza dengan Sarawak.

Walaupun ada kerjasama politik antara parti BN dan PN didalam satu Gagasan Politik yang dinamakan GRS (Parti Gabungan Rakyat Sabah), tetapi terdapat beberapa kawasan Parlimen akan berlaku pertembungan antara Calun BN dan Calun PN.

Sebagai contoh di Parlimen Beluran yang melibatkan Ronald Kiandee (Naib Presiden PBBM). UMNO claim kerusi Beluran adalah milik UMNO, manakala Ronald Kiandee mahu mempertahankan kerusi Parlimen beliau.

Apa pun, GRS dijangka akan menang 20 daripada 25 kerusi Parlimen yang akan di pertandingkan.

9. Dengan jangkaan 26 kerusi dari Negeri Sarawak dan 20 daripada Negeri Sabah, menjadikan Sabah dan Sarawak will deliver 46 kerusi.

Maka BARISAN NASIONAL di Semenanjung Malaysia perlu deliver 70 kerusi Parlimen untuk mendapatkan jumlah = 116 kerusi Parlimen. Iaitu kelebihan majoriti 5 kerusi sahaja.

10. Dengan itu, BN yang hanya mempunyai 42 kerusi sebelum ini, perlu mencari sekurang-kurangnya 28 kerusi Parlimen, selain daripada merampas semula kerusi-kerusi Ahli Parlimen UMNO yang melompat ke parti lawan.

Selain daripada mempertahankan 42 kerusi Parlimen sedia ada, BN-UMNO perlu menang Kerusi-kerusi Parlimen seperti berikut (di Semenanjung) ;

1. Sg. Buloh.
2. Sabak Bernam.
3. Sepang.
4. Sg. Besar.
5. Kuala Selangor.
6. Hulu Selangor.
7. Hulu Langat.
8. Shah Alam, Selangor.

9. Tanah Merah.
10. Jeli.
11. Machang.
12. Tumpat, Kelantan.

13. Jerlun.
14. Kubang Pasu.
15. Sg. Petani.
16. Merbuk.
17. Kuala Kedah.
18. Kulim Bandar Baru, Kedah.

19. Bagan Serai.
20. Larut.
21. Tg. Malim.
22. Sg. Siput.
23. Lumut.
24. Bukit Gantang, Perak.

25. Kuala Nerus.
26. Kuala Terengganu.
27. Hulu Terengganu.
28. Kemaman, Terengganu.

29. Tasek Gelugor.
30. Balik Pulau, Pulau Pinang.

31. Indera Mahkota.
32. Kuantan.
33. Temerloh.
34. Bentong, Pahang.

35. Titiwangsa.
36. Lembah Pantai, W. Persekutuan.

37. Kuala Pilah.
38. Tampin, Negeri Sembilan.

39. Masjid Tanah.
40. Alor Gajah.
41. Hang Tuah Jaya, Melaka.

42. Segamat.
43. Sekijang.
44. Ledang.
45. Muar.
46. Batu Pahat.
47. Simpang Renggam.
48. Mersing.
49. Kota Tinggi.
50. Pasir Gudang, Johor.

11. Secara kasarnya, inilah 50 kerusi-kerusi Parlimen yang perlu dimenangi oleh BN-UMNO sekiranya mahu menang dalam Pilihanraya Umum ke 15 ini.

Ini bukanlah merupakan satu perjalanan yang mudah. Ianya amat sukar dan berliku-liku.

*SEKIAN.

(Visited 1,838 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button