AnalisisPolitik

“Nak Bubar Dun Ke Apa, Undi Sahajalah & Jangan Banyak Cakap!” – UMNO Johor?

Seperti mahu mengikuti jejak langkah negeri Melaka, nampaknya politik di negeri Johor pun kini mula mengatur langkah untuk bergoyang.

Manakan tidak.. biar pun rakyat tetap dengan pendirian tidak perlu turun mengundi kerana ia bukan waktu sesuai, pendapat itu diabaikan.

Sedangkan pada pandangan rakyat, biar pun tiada pengundian dalam masa terdekat, bukannya mati pun selagi Yang Dipertuan Agong (YDPA) kekal sebagai ketua negara.

Yang menjadi permasalahan dalam kalangan pandangan rakyat, segelintir ahli politik di negara ini seperti sengaja perlecehkan titah YDPA sebelum ini.

Mereka bagaikan tidak sedar bahawa mereka itu berkhidmat di bawah kuasa YDPA dan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.

Namun mereka ini nampaknya seperti tidak peduli asalkan dapat memegang tampuk kuasa serta kerusi dengan banyak asalkan mampu menjadi penentu dasar.

Memang diakui.. kalau pembubaran DUN dibuat, UMNO boleh menang besar secara majoriti kerana yang turun mengundi cuma akar umbi.

Bagaimana nak melihat perkara ini? Apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan peratusan keluar mengundi rendah, UMNO ada peluang.

Sekiranya peratusan keluar mengundi tinggi, UMNO mungkin berdepan dengan risiko kerana pengundi lalang dari luar negeri akan pulang.

Lainlah kalau UMNO menang besar sewaktu peratusan keluar mengundi tinggi, sudah pasti ahli politik daripada parti lain pun sanggup sujud.

Melihat pada keadaan semasa, rakyat pun tak berapa cakna terhadap undi-mengundi ini kerana yang dapat ‘elaun besar’ bukannya rakyat.

Rakyat cuma jangan cakap banyak dan risikokanlah diri untuk turun mengundi agar UMNO dapat mengikuti jejak langkah Melaka.

Menurut sumber, pembubaran DUN dijangka akan dibuat pada awal Februari dan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan pada Mac.

Berdasarkan risikan sumber lagi, UMNO sedang bersemangat dan yakin 100 peratus bangsa Johor akan menyebelahi UMNO untuk PRN kali ini.

Hal ini demikian kerana UMNO adalah sebuah parti politik yang bebas masalah dalaman dan dipercayai sejak berpuluh-puluh tahun.

Golongan muda yang belum pernah mengundi mana-mana parti juga akan mengundi UMNO kerana keupayaan UMNO takkan sesekali dipertikai bangsa Johor.

(Visited 891 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button