fbpx
Politik

Siapa bakal jadi keldai tunggangan PH di Chini

APA muslihat PKR dan Pakatan Harapan (PH) Pahang walaupun akur dengan keputusan pucuk pimpinan pusat gabungan itu untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada 4 Julai ini, tetapi akan menyokong calon Bebas.

Kenyataan Pengerusi PH Pahang, Fuziah Salleh bahawa gabungan itu akan menyokong calon Bebas yang bakal bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) di situ memang jelas mempunyai muslihat.

Nampaknya PH tidak bersedia untuk memberi kemenangan tanpa bertanding kepada BN.

Alasan penularan wabak Covid-19 untuk tidak bertanding, dan sepatutnya pembangkang berkenaan turut tidak menyokong tindakan bertanding di PRK tersebut walaupun calon Bebas.

Jika PH mahu menunjukkan sikap prihatin situasi semasa ia tidak seharus mengamalkan dua standard, apabila melibatkan pihak lain.


Ini tidak apabila ada calon Bebas mereka akan menunggangnya untuk menyebarkan fahaman serta doktrin pembangkang.

Jadi bersama-samalah pengundi di Chini melihat siapakah calon Bebas yang sanggup memperbodohkan diri untuk ditunggang oleh pemimpin PH secara berjemaah.

Fauziah mendakwa tinjauan juga mendapati banyak isu rakyat gagal diselesaikan di bawah BN, antaranya masalah bekalan air.

“Antara isu paling besar ialah air. Selama 60 tahun isu air di Chini tidak selesai. Itu rintihan penduduk.

“Juga isu Tasik Chini yang mati, isu pengondolan bukit dan perlombongan haram,” katanya.

Semalam PKR memutuskan untuk tidak akan bertanding dalam PRK Chini Julai ini.

Setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu yang turut dipersetujui Majlis Presiden PH dibuat selepas mengambil kira penularan Covid-19 yang belum ditangani sepenuhnya.

DUN Chini kosong ekoran kematian penyandang, Abu Bakar Harun, 60, kerana serangan jantung pada 6 Mei.

Wakil rakyat BN itu menewaskan pencabarnya, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim dari PAS dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR dengan majoriti 4,622 undi, selepas meraih 10,027 undi berbanding 5,405 undi dan 1,065 undi.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 20 Jun. – SM
(Visited 4 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button