Politik

Keputusan kes SRC kemenangan besar rakyat

Keputusan kes SRC International yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan satu kemenangan besar kepada rakyat.

Majlis Presiden Pakatan Harapan menegaskan, proses pengadilan terhadap kes berkenaan tidak akan bermula sekiranya rakyat tidak bangkit untuk memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Malah bila disoroti sejarah isu ini, masalah urus tadbir 1MDB dibangkitkan kali pertama di Parlimen oleh YB DS Anwar Ibrahim pada 2011.

“Majlis Presiden merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam proses ini, termasuk mantan peguam negara yang telah memulakan proses perundangan ini.

“Majlis Presiden menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk meneliti dan menelurusi penghakiman yang telah dibuat hari ini,” kata Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut mereka, reformasi institusi menyeluruh perlu dilaksana untuk memastikan iklim politik yang memungkinkan kebobrokan dan kerosakan besar yang berlaku pada zaman pentadbiran Barisan Nasional tidak berulang lagi.

Kenyataan tersebut ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Najib bersalah oleh atas kesemua tujuh pertuduhan berhubung dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.‬

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. Najib didapati bersalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mahkamah juga mendapati pasukan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pasukan pendakwaan bagi tuduhan salah guna kuasa.-SM

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button