Nasional

39 kes baharu Covid-19, 28 kes penularan tempatan

SEBANYAK 39 baharu telah dikesan dari semalam hingga pukul 12 tengah hari menjadikan  jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia adalah 212 kes.

Daripada jumlah tersebut 28 kes merupakan penularan di dalam negara dengan 22 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan enam kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Sarawak mencatatkan Sarawak 19 kes penularan tempatan melibatkan warganegara Malaysia iaitu dari Kluster Sentosa (7),  Kluster Kejuruteraan Kuching (4) dan Kluster Satok (4). Sebanyak dua kes di kesan di Sabah dan satu kes di Kedah.

Penularan tempatan melibatkan bukan warganegara pula dua kes dikesan di Sarawak dari Kluster Sentosa dan empat kes di Kedah daripada Kluster PUI Sivagangga.

Sementara 11 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan empat warganegara Malaysia dan tujuh bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia.

Kes impir melibatkan mereka yang pulang dari Arab Saudi (1 kes di Sabah), Ireland (1 kes di Kuala Lumpur), Korea Selatan (2 kes: 1 kes di Sarawak dan 1 kes di Kuala Lumpur), India (1 kes di Kedah), Rusia (1 kes di Kuala Lumpur), Amerika Syarikat (1 kes di Kuala Lumpur, 1 kes di Sarawak), Amerika Selatan (1 kes di Sarawak),  United Kingdom (2 kes di Sarawak) dan Filipina (1 kes di  Labuan).

Sehingga kini, hanya satu kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 124 kes.-SM

 

(Visited 118 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button