Politik

Setiausaha politik Lim Kit Siang, Najib bertengkar pasal perkataan ‘caj’

BUKAN masalah rakyat tetapi tentang penggunaan perkataan atau istilah yang betul juga boleh menyebabkan ahli politik bertengkar secara terbuka di media sosial.

Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak misalnya memasuki tahap baharu persengketaan ahli politik di negara ini apabila penggunaan perkataan atau istilah ‘caj’ menjadi isu untuk ditengkarkan di media sosial.

Syahredzan pada mulanya mempersoalkan penggunaan istilah caj oleh seorang pengguna Twitter @fikrizms yang berkongsi tangkap layar hantaran Facebook Najib yang menggunakan perkataan tersebut.

Hantaran Najib itu berkaitan beberapa kes yang melibatkan pemimpin DAP yang tidak ‘dicaj’ atau didakwa di mahkamah.

‘Caj’ ni apa? BM pun tak betul,” kata Syahredzan. @fikrizms kemudian membalas ciapan tersebut, “Kau ni tak payah nak auta la. Dah tak tahu nak jawab cakap jela Pakatan Harapan tunduk pada DAP, Caj yg dimaksudkan tu tak dikenakan tindakan la. Tu pun kalau kau tak bebal

Syahredzan kemudian membalas,”CAJ CAJ CAJ CAJ CAJ CAJ CAJ CAJUN CHICKEN?” Kemudian seorang pengguna Twitter @Firdausapandi mempersoalkan mempersoalkan kredibiliti Syahredzan sebagai seorang peguam,” Lawyer ke ni caj pun tak tahu.”

Ciapan itu dibalas Syahredzan,” Dalam court tak panggil caj. Panggil pertuduhan. Sebab aku lawyer aku tahu”

Perdebatan mengenai caj tersebut kemudian bersambung di Facebook Najib,” Caj maksudnya dakwaan. Ratusan ribu yang baca, faham. Yang kongsi pun hampir 2.4k orang. Hanya pembantu Kit Siang seorang yang pura-pura tak faham demi parti DAP tercinta.

“OK. Sekarang kamu dah faham. Maka jawablah kenapa lima kes DAP yang disebut itu langsung tak ada caj.. oops.. dakwaan dalam mahkamah.

Najib turut membalas kenyataan Syahredzan yang menyatakan sebagai peguam dia tahu perkataan caj tidak digunakan dalam mahkamah.

“Dia tetap tak mengalah. Tapi ini media sosial bukan court. Yang baca posting FB pun bukan semua lawyer atau hakim. Kita orang biashe-biashe je,” kata Najib.

Sharezad kemudian membalas kenyataan Najib,” Whoa Najib siap dedikasikan dua post untuk tweet aku pagi ni. Bayangkan, mantan PM negara Malaysia rasa aku ni signifikan sampai kena dua hantaran hanya untuk aku dalam satu pagi.”

Sementara itu semakan Suara Medeka pada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka secara dalam talian mendapati perkataan ‘caj’ terdapat dalam perbendaharaan bahasa Melayu.

Menurut Kamus Dewan edisi keempa terdapat tiga definisi bagi caj. Definasi pertama bayaran yang perlu untuk sesuatu per­khidmatan atau barang yang dibeli.

Definasi kedua mengenakan harga pada barang, perkhidmatan dan definasi ketiga merujuk kepada pertuduhan dalam mahkamah. – SM

 

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button