Hiburan

Serina Redzuawan kehilangan hak penjagaan kedua-dua anak kepada bekas suami Gavin

PELAKON, penerbit dan usahawan Serina Redzuawan telah kehilangan hak penjagaan anak perempuannya Isabella Saffiya O’Luanaigh yang berusia 12 tahun kepada bekas suaminya Gavin Edward O’Luanaigh.

Anak perempuan chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan berusia 39 tahun itu sebelum ini memperoleh hak penjagaan Isabella manakala Gavin atau Salahudin Ghafar, 46, diberikan hak penjagaan anak lelaki mereka Tristan Tareef O’Luanaigh, 13, oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada tahun 2020.

Peguam syarie Gavin Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dalam laporan berita baru-baru ini berkata mahkamah mencapai keputusannya selepas menemu bual Isabella.

“Walaupun mahkamah memberikan hak penjagaan Isabella kepada Serina, tetapi anak perempuannya tidak tinggal bersamanya. Disebabkan oleh itu, mahkamah memutuskan untuk memberikan hak penjagaan kepada Salahudin terhadap kedua-dua anak mereka,” kata Zainul sambil menambah Serina berhak melawat anak-anaknya setiap dua minggu.

Gavin memfailkan tuntutan untuk mendapatkan hak penjagaan Isabella pada Khamis lalu. Serina dan Gavin telah berkahwin dari 1 Jan 2010 hingga 1 Ogos 2017. -SM

 

(Visited 2,528 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button