Hiburan

Perjanjian persefahaman termeterai Rajhesh Vaidhya dan Indah Atelier

RAJEHSH Vaidhya, ahli muzik terkenal dari India, baru-baru telah menawan hati peminat di Malaysia melalui dendangan lagu kebangsaan NegaraKu dengan muzik Veena beliau.

Beliau memang popular dengan kretiviti muzik melalui pelbagai album dan juga persembahan pentas di seluruh dunia.

Rajhesh Vaidhya juga terkenal dengan gandingan muzik beliau bersama ahli-ahli muzik tersohor dunia, seperti Sir Elton John dan AR Rahman, di samping menjadi pengarah muzik bagi beberapa filem.

Pada tahun 2008, beliau terlibat di dalam projek muzik konsep multimedia melalui album Songs Around The World.

Rajehsh Vaidhya kini berganding bahu dengan syarikat Malaysia, Indah Atelier Sdn Bhd bagi mempromosikan produk batik dan kempen #myartisan syarikat tersebut.

Indah Atelier, anak syarikat Moel Group of Companies, baru-baru ini telah melancarkan projek ‘MALAYSIA IN 100METER BATIK POINTILLISM – M100MBP’ bagi menyuntik daya cipta dan inovasi di dalam industry batik tempatan.

Projek tersebut adalah seiring dengan kempen #myartisan syarikat tersebut yang bermatlamat menjana pasaran global bagi pereka batik tempatan.

Indah Atelier dengan jaringan perniagaan global di Dubai, London, Itali, Mesir, Hong Kong dan Singapura, merancang bagi memposisikan produk batik Malaysia sebagai symbol warisan kebudayaan kontemporari di peringkat antarabangsa.

Berlandaskan objektif tersebut dan juga sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, Indah Atelier Sdn Bhd telah melantik Rajhesh Vaidhya sebagai duta jenamanya.

“Melalui kolaborasi ini, Indah Atelier berazam mencapai kecemerlangan artisitik melalui keharmonian seni muzik dan seni batik di peringkat global,” kata Mathumathi Manickvasagar Pilay, Ketua Pegawai Eksekutif Indah Atelier Sdn Bhd.

(Visited 435 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button