Jenayah

Sepasang kekasih maut gara-gara pertengkaran

MELAKA 20 Februari – Gara-gara perselisihan faham dipercayai sepasang kekasih maut di sebuah rumah di Jalan Pegaga, Taman Merdeka, Batu Berendam dekat sini dalam kejadian berlaku petang semalam (Sabtu).

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, lelaki berusia 33 tahun dipercayai menikam kekasihnya berusia 22 tahun terlebih dahulu sebelum mangsa menikam dirinya hingga maut.

Mayat kedua-dua mangsa ditemukan tidak bernyawa dengan berlumuran darah dan sebilah pisau turut ditemui dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara kedua-dua pasangan itu malah ia turut didengari jiran malah ada mendakwa terdengar jeritan kuat dari rumah tersebut.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai menikam wanita berkenaan terlebih dahulu berikutan penemuan senjata yang digunakan berhampiran mayat wanita tersebut.

Menurutnya, mayat lelaki itu ditemui di dalam bilik tidur dalam keadaan berlumuran darah dipercayai akibat kesan tikaman.

“Sebilah pisau yang dipercayai senjata yang digunakan dalam kejadian itu ditemui berhampiran mayat dan motif kejadian masih disiasat polis.

“Sewaktu tiba di tempat kejadian, rumah berkunci dari dalam dengan bantuan pihak bomba kita berjaya memasuki rumah dan menemui dua mangsa sudah tidak bernyawa,” ujarnya.

Patit berkata, hasil siasatan selain penemuan sebilah pisau turut ditemui ialah sebotol minyak tanah dan dipercayai diminum oleh lelaki tersebut untuk membunuh diri tetapi gagal.

(Visited 281 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button