Ekonomi

Selangor tarik 22 juta pelawat domestik bagi tahun 2022

Negeri Selangor telah menerajui pelancongan domestik dan telah diumumkan sebagai negeri yang paling ramai dilawati bagi tahun 2022, dengan lebih 22 juta pelawat.

Ini telah meletakkan Negeri Selangor sebagai negeri yang teratas, meninggalkan Kuala Lumpur dengan 16.9 juta, Sarawak dengan 15.5 juta, Perak dengan 14.6 juta dan Pahang dengan 13.2 juta.

Pelancongan domestik di  Selangor telah mencapai pencapaian yang mengagumkan dengan menerajui industri pelancongan secara konsisten, dengan 38.9 peratus daripada jumlah perbelanjaan pelancongan domestik disumbangkan oleh aktiviti membeli-belah di Selangor.

Industri pelancongan merupakan salah satu industri terbesar di Malaysia, menyumbang RM 197.9 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun 2021.

Dengan negeri Selangor menerajui sektor pelancongan sejak pandemik, Negeri ini berjaya meningkatkan kedatangan pelancong domestik sebanyak 33.4 peratus pada tahun 2022.

Selangor menawarkan pelbagai segmentasi pelancongan seperti gastronomi, pelancongan berbasikal, pelancongan agro dan pelancongan eko.

Sebagai agensi promosi pelancongan rasmi negeri, Tourism Selangor telah memacu sektor pelancongan negeri dengan pelaksanaan yang menyeluruh melalui kempen promosi pelancongan domestiknya, “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!”.

Ini termasuk  kerjasama dengan pemain industri pelancongan seperti pengusaha hotel, agensi pelancongan, syarikat penerbangan, institusi pendidikan dan industri runcit.

Selangor dijangka kekal konsisten dalam meningkatkan kedatangan pelancong ke negeri Selangor, dengan peningkatan jumlah kedatangan pelancong sebanyak 15.3 peratus bagi suku tahun pertama 2023, menyasarkan peningkatan sebanyak 5.04 juta pelancong dari dalam dan luar negara melawati Negeri Selangor menjelang penghujung tahun 2023. – SM

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button