Hiburan

Dr. Halina, Dr. Sheikh Muszaphar bakal timang bayi kembar sekali lagi

ANGKASAWAN negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya, Datin Dr. Halina Mohd Yunos bakal menimang cahaya mata kembar sekali lagi.

Perkara itu dikongsi oleh beliau di twitter dengan melahirkan rasa syukur kerana isterinya itu sudah mengandung 13 minggu.

“Menjangkakan kembar lagi. Alhamdulillah, syukur teramat. Dr Halina kini hamil 13 minggu dengan bayi kembar.” Begitu bunyi catatannya di twitter.

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, beliau berasa amt teruja dan tidak dapat mengambarkannya dengan kata-kata.

“Ia seperti Deja vu sekali lagi. Kami sentiasa mahukan sebuah keluarga yang besar,” katanya.

Tetapi katanya, berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini, hamil anak kembar mempunyai risiko yang tinggi.

Malah katanya, Dr. Halina masih lagi bertugas di barisan hadapan bagi merawat pesakit Covid-19.

dr halina“Mual berganda, muntah berganda, kembung berganda, keinginan berganda dan pendarahan berganda seperti yang pernah dialami isteri.

“Sukar untuk melihat Dr Halina dengan kandungan trimester pertama dan masih bekerja sebagai frontliner (petugas barisan hadapan) bagi merawat pesakit Covid-19.

“Satu-satu perkara yang dapat saya lakukan ialah menambah berat badan bersama dengannya, yang merupakan sebahagian daripada perjanjian. Haha,” seloroh belau.

Pasangan itu yang sentiasa mendapat perhatian telah mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Ini dapat disaksikan apabila ciapan Dr. Sheikh Muszaphar menganai isterinya itu telah menjadi trending di Malaysia dengan lebih 10,000 tweet.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah. – SM

 

(Visited 615 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button