Ekonomi

Spritzer hasilkan selendang dan scrunchies edisi terhad dari botol kitar semula

KUALA LUMPUR 29 Mei 2023 –SPRITZER dan TudungPeople, bekerjasama menghasilkan selendang edisi terhad yang diperbuat daripada botol plastik dikitar semula sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian Syarikat.

TudungPeople, yang mempunyai lebih daripada 100 reka bentuk dan cetakan, akan menggunakan lapan botol plastik dikitar semula bagi satu selendang dengan inspirasi reka bentuk daripada botol ICON Spritzer.

Koleksi Edisi Terhad Hutan Hujan ini sudah tersedia mulai 24 Mei 2023.

Selendang dan scrunchie (pengikat rambut) edisi terhad tersebut menggambarkan imej indah flora hutan hujan dengan warna biru firus (turquoise) sebagai latar belakangnya.

Motif bunga orkid, paku-pakis dan monstera menghiasi selendang dan scrunchie sementara fabrik, dengan keseimbangan berat, menyokong bentuk selendang dan menepati wajah pemakainya. Setiap selendang datang dengan rekaan beg saku boleh diguna semula yang sepadan, bagi menyimpan selendang unik anda

“Spritzer sedang berusaha menuju masa depan yang berlestari, dengan inisiatif dan perkongsian untuk menggalakkan dan menyerlahkan kelestarian dan amalan lestari. Syarikat, yang terkenal dengan air mineralnya yang kaya dengan silika, juga mendorong kesedaran tentang kepentingan air bersih dalam kehidupan seharian dan bagaimana persekitaran yang bersih adalah penting kepada sumber air,” kata Spritzer di sini hari ini.

Inisiatif ini menggalakkan orang ramai membayangkan apa lagi botol plastik boleh digunakan.

Selendang buatan TudungPeople x Spritzer yang cantik ini dijual pada harga RM179, scrunchie comel pada harga RM25 atau set pada harga RM184. Produk diatas boleh dibeli di www.tudungpeople.com dan https://shop.spritzer.com.my/.

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button