Nasional

Selangor kaut untung jual vaksin harga Yahudi?

Kerajaan Negeri Selangor yang sebelum ini mahu membeli sendiri vaksin Covid-19 dilaporkan mengaut untung tidak masuk akal apabila menjualnya kepada orang ramai dengan harga hampir RM400 untuk dua dos suntikan.

Selangor merupakan negeri paling tinggi jumlah penularan wabak itu kononnya mahu mempercepatkan program vaksinasi di negeri itu.

Rupa-rupanya niat Kerajaan PH Selangor mahu beli vaksin sendiri hanya satu iaitu menjual vaksin kepada rakyat Selangor dan juga kilang-kilang. Belum pun vaksin dibeli Selangkah milik Selangor sudah mula jual vaksin percuma kepada rakyat Rakyat.

Sedangkan kerajaan Malaysia telah memperuntukkan RM5 bilion bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dengan menampung kos perolehan vaksin dan mengurus pelaksanaan program tersebut.

Semuanya percuma untuk rakyat namun baru-baru ini negara dikejutkan dengan ketamakan segelintir pihak sehingga sanggup mengambil untung daripada program suntikan vaksin Covid-19 ini.

Kerajaan Selangor yang selepas dibenarkan membeli vaksin sendiri mereka nampaknya membuat untung berganda. Sudahlah dikesan ada usaha mengambil deposit dahulu sebelum pemberian vaksin malah vaksin mereka jual pada rakyat jauh mahal iaitu RM350. Malah menurut beberapa sumber ada yang membeli RM180 hanya untuk dos pertama.

Ada pertuduhan ada pemimpin Selangor sengaja menggalakkan pembukaan Bazar Ramadan dan menggalakkan ziarah Raya selepas itu melakukan “swab test” besar besaran. Bila kes meningkat mereka mula menjual vaksin dan membuat untung berganda.

Kos kerajaan pusat membeli vaksin yang sama hanya 1/3 dari yang rakyat Selangor bayar kepada kerajaan Selangor.

Kerajaan Selangor memohon kebenaran kerajaan pusat kebenaran membeli Vaksin untuk penvaksinan industri di mana Selgate Corporation akan menguruskan pembelian vaksin berdasarkan permintaan industri dan memberikan kepada pihak industri untuk memvaksinkan pekerja mereka.

Apabila kerajaan membuat MySejahtera, kerajaan Selangor buat aplikasi Selangkah.

Persoalannya siapa kroni PH yang buat Selangkah yang kalai dilihat dari segi “mark up” 3 kali ganda harga vaksin tentu harga aplikasi Selangkah juga buat untung berganda. Siapa buat dan apa proses pemilihan syarikat ?

Syarikat siapa dapat bekal vaksin kepada kerajaan Selangor untuk dijual berganda harga kepada rakyat ? Bagaimana pemilihan syarikat dan siapa yang untung ?

Pada 9 Jun lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM200 juta bagi memperoleh vaksin dalam usaha mencapai imuniti kelompok menerusi Pakej Kita Selangor 2.0.

Persoalannya ke mana perginya RM200 juta dan rakyat masih perlu membeli vaksin pada harga mahal berganda.

Sebelum ini juga tular di laman sosial dakwaan beberapa netizen telah divaksin mendapat vaksin dengan membuat bayaran RM350 menerusi aplikasi Selangkah milik kerajaan PH Selangor.

Seorang pengguna Mohd Rozaime Rozelan mendedahkan dalam facebooknya bahawa beliau berpuas hati walaupun membayar RM350.

“Alhamdulillah syukur hari ini divaksin Sinovac dos pertama

Puas hati kerana dipermudahkan walaupun bayar RM350 pada Apps Selangkah untuk dapatkan segera vaksin”. Katanya

Ini baru nama mengambil kesempatan atas kesulitan.

Oleh itu persoalan besar mengapa Kerajaan PH Selangor melalui SElangkah mengenakan caj RM350 bagi setiap individu? Apakah Selangkah mengambil untung dari hasil pembelian Kerajaan Pusat? Kerajaan Persekutuan bagi percuma pada rakyat, kerajaan PH Selangor pula jual kepada rakyat.

SElangkah anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang kontroversi sebelum ini mendapat projek kerajaan melalui anak syarikat Selgate mencipta aplikasi SElangkah yang sendu bernilai lebih RM3 juta.

Syarikat Selangkah yang diasaskan oleh bekas Pegawai Khas Dr Dzulkefly Ahmad mengaut untung daripada dana kerajaan yang disalur daripada Selgate Corporation Sdn Bhd. Ketika pendaftaran vaksin AstraZeneca pasukan SElangkah mengatur janji temu untuk mendapat suntikan vaksin itu.

Kini SElangkah bakal buat duit lagi apabila menjual vaksin yang dibeli kerajaan pusat untuk dijual kepada rakyat Selangor. Selangor acah-acah buat program vaksin sendiri walhal vaksin yang dibeli sendiri pun belum ada lagi.

Dakwaan Dr Mariah Exco Selangor dan juga Dr Dzulkefly bahawa vaksin di Selangor tidak cukup dan asyik sibuk menyalahkan Kerajaan Pusat jelas tidak berasas dan punya agenda tersendiri. Rupanya mereka mahu menjual vaksin kepada rakyatnya sehingga RM350 ke atas.

Untuk rekod harian vaksin percuma melalui program Vasinisasi Kebangsaan kini menghampiri angka 250,000 lebih sehari.

Sebelum ini juga Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mendakwa ada syarikat swasta bertindak menjual dua dos suntikan vaksin pada harga RM400. Selain itu tiga individu ditahan di Putrajaya dan Brickfields selepas terbabit menjual vaksin Covid-19.

Susulan kejadian itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi peringatan kepada orang ramai tentang bekalan vaksin tulen hanya dibekalkan oleh pihak kerajaan serta tidak boleh dijual di pasaran negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kerajaan juga menjalankan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bertujuan mengelak vaksin dijual secara komersial.

Menurutnya, jika ada pihak swasta yang menjual vaksin Covid-19 ia perlu diselidik dahulu kerana dibimbangi hanya memberi ‘normal saline’.

“Lagipun pemberian vaksin ini adalah percuma jadi tidak ada isu ada pihak yang ingin menjualnya tetapi apa yang pihak swasta boleh lakukan membantu kerajaan dalam pemberian vaksin tanpa bayaran.

“Bagaimanapun jika ada penjualan vaksin boleh laporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelak penjualan di pasaran gelap,” katanya.

Turun mengambil tindakan ialah Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF). CITF telah membuat dua laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 14 Jun 2021 dan 22 Jun 2021.

CITF sedang memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PDRM untuk menyegerakan siasatan dakwaan penyelewengan ini.

Sehubungan itu perlu disiasat apakah terdapat unsur rasuah salah guna kuasa di Selangor iaitu siapa yang mahu cepat vaksin maka bayar rasuah terlebih dahulu?

Setakat hari ini program vaksinasi hanya dibuat kerajaan secara percuma dan tidak ada mana-mana negeri dibenarkan menjual vaksin kepada rakyat sehingga kebenaran pembelian vaksin negeri diluluskan oleh KKM (NPRA).

Tidak ada mana-mana negeri diluluskan membeli vaksin sendiri selagi bekalan vaksin oleh pengeluar vaksin belum dipenuhi sejajar dengan perjanjian kerajaan dengan pengeluar vaksin sebelum ini.

Tidak mungkin vaksin dalam negara tidak mencukupi berdasarkan jumlah dos yang dibeli oleh kerajaan sebagaimana didedahkan media oleh baru-baru ini. Pembelian kerajaan lebih dari mencukupi untuk mencapai sasaran imuniti kelompok di negara ini.

 

(Visited 655 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button