Nasional

Siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia tiba di Perlis hari ini

SIRI Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia tiba di negeri Perlis Inderakayangan di mana AKM Negeri Perlis 2022 selamat dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertempat di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar.

Perdana Menteri berkata, seperti Siri Jelajah Pertama di Johor, pelbagai program disediakan bagi memberi kemudahan dan kefahaman mendalam kepada semua mengenai konsep Aspirasi Keluarga Malaysia yang menitik beratkan Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

“Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, dapat saya bersama-sama dengan Keluarga Malaysia di Perlis bagi meneruskan Siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia hari ini,” katanya.

Ismail Sabri berkata, Aspirasi Keluarga Malaysia telah dirasmikan di ibu negara pada akhir tahun lepas dan kerajaan membuat keputusan untuk mengadakan siri jelajah di peringkat negeri.

Bermula dengan Johor pada awal bulan ini dan Perlis, hari ini, ujar Ismail Sabri.

Beliau yakin setiap lapisan masyarakat telahpun sebati dengan konsep Keluarga Malaysia yang fokus utamanya ialah bagi menyatupadukan rakyat ke arah kesejahteraan ekonomi, kestabilan politik dan seterusnya memulihkan negara dalam situasi mencabar masa kini.

Kata Perdana Menteri lagi, siri jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Perlis ini bertujuan meningkatkan usaha menyebarluaskan konsert serta hala tuju Keluarga Malaysia agar mudah dihadam dan difahami oleh semua pihak.

Pada majlis tersebut, hadir sama Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahadzir Khalid dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali. – SM

(Visited 265 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button