Ekonomi

Bank Rakyat umum dividen 15%, dividen istimewa 2%

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick, hari ini mengumumkan pembayaran dividen Bank Rakyat bagi tahun kewangan 2023 sebanyak 15 peratus  dengan jumlah pembayaran sebanyak RM424.62 juta.

Menurut Ewon, pembayaran dividen kepada anggota akan dilakukan mulai 5 April 2024.

Prestasi kewangan memberangsangkan ini telah membolehkan Bank Rakyat untuk mengoptimumkan modal dan mengekalkan pembayaran dividen yang tinggi sebagai  ganjaran kepada semua anggota dan pihak berkepentingan Bank Rakyat untuk sokongan berterusan mereka.

Bersempena dengan Ulang Tahun Bank Rakyat ke-70, Bank Rakyat juga mengumumkan dividen istimewa sebanyak dua peratus dengan jumlah pembayaran sebanyak RM56.62 juta dan akan diagihkan berdasarkan pegangan saham yang layak pada 31 Disember 2023.

Pembayaran dividen istimewa ini akan dilakukan pada bulan September 2024 bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Bank Rakyat ke-70.

Sementara itu, Ewon berkata, Kumpulan Bank Rakyat meneruskan sokongan terhadap mandat tahunan untuk ekosistem koperasi dengan menyumbang sebanyak dua peratus daripada  keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM35.47 juta disumbang kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan satu peratus bersamaan RM17.74 juta kepada
Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi.

Jumlah sumbangan bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM53.21 juta.

Ketika sesi sidang media tersebut, Ewon turut mengucapkan terima kasih kepada semua anggota dan pihak berkepentingan atas sokongan yang diberikan kepada Kumpulan Bank Rakyat sepanjang tahun ini. –SM

(Visited 37 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button