Ekonomi

KPLB lahir lebih 64,000 usahawan desa

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berjaya melahirkan lebih 64 ribu usahawan desa menerusi pelbagai agensi di bawahnya.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bagi memastikan usahawan desa sentiasa berdaya maju dan kalis kemelesetan ekonomi, pelbagai bantuan seperti geran, pembiayaan, latihan dan pembangunan disediakan KPLB.

“Bantuan disalurkan bagi memastikan usahawan-usahawan ini dapat meneruskan perniagaan mereka khususnya ketika negara berhadapan dengan pandemik Covid19 dan krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia.

Tetapi mereka tidak boleh mengharapkan bantuan daripada Kerajaan semata-mata. Mereka juga perlu memajukan perniagaan masing-masing dengan menggunakan pendekatan terkini seperti digitalisasi dalam perniagaan.”


Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Program Bimbingan Kelab Usahawan 1 Juta ([email protected]) di Putrajaya semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPLB, Datuk Che Murad Sayang Ramjan dan Pengasas Richworks International Sdn. Bhd., Datuk Dr. Azizan Osman.

Jelas Mahdzir, usahawan desa KPLB terbabit dalam pelbagai bidang perniagaan merangkumi empat sektor utama iaitu pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan pelancongan desa.

Bagi memastikan usahawan desa memasarkan produk mereka secara terancang, KPLB memperkenalkan Program Bimbingan Kelab Usahawan 1 Juta KPLB ([email protected]) melibatkan kerjasama dengan Rickworks International Sdn. Bhd.

Program berbentuk kejurulatihan dan mentor-mentee ini menyasarkan usahawan desa mencapai sasaran jualan tahunan berjumlah RM1 juta yang pertama.

Aktiviti ini adalah salah satu daripada beberapa aktiviti sokongan keusahawanan yang telah dirancang di bawah Program Rural Business Challenge 2.0 (RBC 2.0).

“Saya dimaklumkan pada peringkat awal, seramai 67 orang usahawan desa telah memohon bagi menyertai program ini. Daripada jumlah itu, seramai 52 orang usahawan desa telah melepasi saringan awal.

Seterusnya tapisan akhir dibuat dan seramai 25 orang usahawan terpilih untuk mengikuti aktiviti bimbingan [email protected] ini.”

Kesemua peserta akhir yang terpilih akan dibimbing dan diberi tunjuk ajar secara fizikal dan maya selama 12 bulan bagi mencapai jualan tahunan sebanyak RM1 juta dalam tempoh 6 bulan hingga setahun.

Melalui tempoh berkenaan mereka akan didedahkan mengenai pengurusan pemasaran, pematuhan, operasi, kepimpinan, pembangunan perniagaan dan aktiviti mentoring.

Artikel berkaitan > Usahawan Luar Bandar disaran kuasai kemahiran digital

(Visited 76 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button