fbpx


AgamaNasional

Sedekahkan daging korban kepada golongan sepatutnya

MUNGKIN dilihat tidak berpadanan sekiranya daging sembelihan korban diberikan kepada mereka berkemampuan apatah lagi ibadah itu dilaksanakan dalam kejiranan berpendapatan tinggi.

Pada sesetengah pihak, ia mungkin dilihat memadai, namun ada juga berpandangan sedekah daging korban lebih baik diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Sebenarnya itulah kriteria penerima daging korban yang ditetapkan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menganjurkan pelaksanaan ibadah korban di luar negara dengan kerjasama Qurban Aid.

Mereka memilih negara tertentu dengan kawasan penempatan masyarakat muslim yang lebih spesifik bagi memastikan penerima daging ibadah itu adalah benar-benar layak.

“Bukanlah orang berkemampuan tidak layak, tetapi dari segi moral dan ihsan adalah lebih baik daging itu disampaikan kepada mereka yang betul-betul susah.


BACA > MAIPs laksana kutipan wakaf dan sumber am — Suara Merdeka

“Justeru, kami memilih sendiri penempatan atau perkampungan masyarakat Muslim seperti di Kemboja, Bangladesh, India, Indonesia dan kepada etnik Rohingya.

KORBAN

“Selain itu, ibadah korban anjuran YBK dan Qurban Aid turut dianjurkan di Sudan, Tanzania, Mali, Malawi, Burkina Faso (Afrika), Nigeria, Filipina, Vietnam, Thailand, Laos dan Mekah.

“Berdasarkan pengalaman menjalankan ibadah korban di sana, ramai penerimanya terdiri daripada golongan asnaf yang daif.

“Makan daging adalah perkara yang sangat jarang pada mereka. Malah daging korban itu boleh disimpan berminggu-minggu untuk dinikmati.

“Jadi, apabila daging yang diterima oleh golongan yang benar-benar memerlukan, Insha Allah, tiada pembaziran akan berlaku.”

Kata jurucakap YBK ketika ditemui wartawan Suara Merdeka hari ini.

 

Menurutnya, pada tahun lalu YBK menerima permintaan ibadah korban pada 2019 dengan penyembelihan lembu sebanyak 15 ekor.

Pada tahun ini pula, permintaan dijangka meningkat tinggi apabila setakat hari ini, permohonan sebanyak 43 ekor lembu dan 11 kambing diterima.

BACA > Covid-19: Indonesia catat kes kematian tertinggi sejak 11 Mac — Suara Merdeka

Tambahnya, peningkatan ini merupakan kesempatan yang diambil oleh rakyat Malaysia ekoran arahan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iaitu, hanya masjid dan surat tertentu sahaja yang dibenarkan melaksanakan ibadah korban. Hal demikian menyebabkan peluang melaksanakan ibadah ITU terhad.

Selain itu, ibadah berkenaan juga menjadi pilihan buat umat Islam di Malaysia apabila tidak dapat mengerjakan haji pada tahu ini.

“Kita mengambil tanggungjawab untuk memegang amanah orang yang ingin melaksanakan ibadah korban.

“Sebagai sebuah yayasan juga, kita tidak boleh menjana ataupun mengambil keuntungan.

“Kita menyampaikan niat orang yang hendak menunaikan ibadah tersebut dan membantu orang susah.

“Justeru, inilah jalan terbaik bagi mereka kerana YBK dan Qurban Aid menawarkan perkhidmatan melaksanakan ibadah korban pada kos yang rendah.

“Iaitu, RM299 sebahagian atau RM2,093 bagi sekor lembu. RM599 pula bagi seekor kambing.

BACA > Lambakan daging korban di Mekah setiap tahun — Suara Merdeka

“Jadi, untuk tempahan dna pertanyaan lanjut boleh hubungi 019-3105370 (Basharuddin Mohd. Noor) atau 03-78750036 (YBK),” ujarnya. – SM

 

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button