Jenayah

Keldai akaun bank diberkas polis Melaka

MELAKA 11 Jan. – Polis Melaka melumpuhkan satu sindiket keldai akaun apabila menahan tujuh individu menerusi Operasi Akaun Palsu di Alor Gajah, Taman Seri Kembangan, Kepong dan Kajang awal bulan ini.

Ketua Polis, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, individu terbabit yang ditahan terdiri daripada empat lelaki, tiga wanita termasuk seorang wanita warganegara Vietnam berusia antara 21 hingga 40 tahun.

Menurutnya, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bertindak selepas menerima satu laporan daripada seorang pengadu berusia 30 tahun pada 21 November lalu berhubung tawaran peluang pekerjaan yang tidak wujud.

“Sepasang kekasih dikenali sebagai Amir dan Berry meminta mangsa menyerahkan kad ATM dan nombor pin.

Pengadu juga telah diarahkan oleh sindiket terbabit untuk mencari rakan atau kenalan serta perlu menyerahkan kad ATM termasuk nombor pin.

“Mangsa kemudian dibawa menemui dua lelaki di Taman Seri Kembangan dan mula mengsyaki suspek merupakan
ahli sindiket yang menjalankan aktiviti penipuan menggunakan kad ATM.

“Ekoran daripada itu Bahagian Risikan JSJK telah melancarkan satu Operasi Mule atau Operasi Akaun Palsu dan bertindak menahan ke semua tujuh suspek daripada 4 hingga 5 Januari lalu,” ujarnya dalam sidang akhbar di JSJK di sini hari ini.

Abdul Majid berkata, hasil tangkapan ke atas tujuh suspek itu polis berjaya merampas 58 keping kad ATM pelbagai bank, telefon bimbit dan sejumlah wang mata asing.

Jelasnya, hasil semakan mendapati mereka terlibat dalam pelbagai kes seperti penipuan tawaran kerja tidak wujud serta penipuan pelaburan tidak wujud.

Menurutnya, kesemua suspek juga mempunyai beberapa rekod jenayah lampau bagi kesalahan di bawah Seksyen
420 Kanun Keseksaan dan Akta Dadah Berbahaya.

Beliau berkata, sindiket ini dipercayai telah menjalankan kegiatan penipuan sejak awal tahun 2021 dengan mencari mangsa untuk dijadikan sebagai keldai akaun bagi membolehkan kegiatan penipuan dijalankan.

“Kejayaan ini JSJK berjaya menyelesaikan 36 kes penipuan atas talian di seluruh negara dan kerugian dianggarkan sebanyak RM466,380 manakala di Melaka terdapat tiga kes dengan kerugian sebanyak RM26,069.

Jelasnya lagi, kesemua suspek telah ditahan reman daripada 4 hingga hari ini.

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button