fbpx
Politik

‘Sebagai anak kita tahu mereka berniat baik’

Ikmal Hazlan Ikmal Hisham memberitahu, sebagai anak dia mengetahui ibu bapa sering melakukan sesuatu atas niat yang baik.

Anak lelaki Menteri Pertahanan, Ikmal Hisham Abdul Aziz itu dalam ciapannya berkata, ibu bapa kadang-kala melakukan sesuatu kerana beranggapan ia adalah yang terbaik untuk anak-anak mereka.

“Kadang-kadang ibu bapa berbuat sesuatu untuk kamu kerana mereka berpendapat ia adalah yang terbaik.

“Sebagai anak-anak kita tahu mereka berniat baik walaupun dari sudut pandang berbeza dan kita hanya boleh bersyukur atas niat mereka,” ciap Ikmal Hazlan di Twitter.

Dalam ciapan itu, Ikmal Hazlan turut berkongsi laporan berita mengenai perasaan menyesal ayahnya  yang mengakui kelemahan berhubung isu surat sokongan agar Menteri Pertahanan melantik dirinya sebagai anggota Lembaga Pengarah Pharmaniaga.


Ayah Ikmal Hazlan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz mendakwa dia ada menghantar surat lain untuk meminta pembatalan surat sokongan yang dibuat sebelumnya berhubung cadangan agar Ikmal Hazlan dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Syarikat Pharmaniaga.

Ikmal Hisham menyatakan rasa kesal dan mengakui kelemahan pihaknya berhubung perkara itu. itu dan memaklumkan kepada menteri supaya membatalkan sokongannya.

“Saya akui terdapat beberapa kelemahan daripada pihak saya dan Insya-Allah, perkara ini akan diperbetulkan secepat mungkin.

“[….] Seingat saya, saya ada buat satu lagi surat, yang saya minta menteri untuk menarik balik cadangan permohonan saya itu dan maklumkan kepada menteri supaya batalkan,” kata Ikmal Hisham.-SM

(Visited 4 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button