Ekonomi

SCIB tamatkan projek di Indonesia

PAKAR kejuruteraan awam Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) hari ini mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, SCIB International (Labuan) Ltd. (SCIBILL), telah mengeluarkan notis penamatan kerja kepada PT Cipta Multi Sarana (“PTCMS”).

Ia untuk cadangan projek kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) yang melibatkan kerja-kerja tanah untuk jalan bertol Prabumulih-Muara Enim yang terletak di Sumatera, Indonesia bernilai RM55.59 juta.

SCIBILL, yang menerima surat anugerah bagi projek EPCC pada 18 Ogos 2020 daripada PTCMS, telah memutuskan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi kepentingannya berikutan kekurangan kemajuan dalam projek tersebut akibat timbulnya ketidakpastian yang berkaitan dengan pandemik COVID-19 dan selain mengambil inisiatif untuk menyemak dan mengemaskini rekod buku pesanan SCIB.

Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menamatkan kontrak dan melepaskan tanpa syarat dan melepaskan kedua-dua pihak dari semua tuntutan, liens dan perkara yang timbul berkaitan dengan prestasi kerja-kerja dan semua pindaan terhadap kedua-dua pihak serta syarat kewajipan di bawah perjanjian penyelesaian yang SCIBILL dan PTCMS perlu patuhi.

Pengarah Urusan Kumpulan SCIB, Rosland Othman berkata, “Penamatan itu adalah demi kepentingan terbaik untuk Syarikat kerana tiada kemajuan dan perkembangan di dalam projek itu. Di pihak PTCMS, ia telah mengakui bahawa tidak ada penalti atau ganti rugi tertentu yang dibubarkan ke atas SCIBILL.”

(Visited 71 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button