Jenayah

SC tidak dapat sahkan Azam langgar undang-undang pemilikan saham

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berkata ia tidak boleh “membuktikan secara muktamad” jika Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki melanggar undang-undang berhubung pemilikan sahamnya.

“SC telah menyelesaikan siasatannya dan berdasarkan bukti yang dikumpul, SC tidak dapat memastikan secara konklusif bahawa pelanggaran di bawah Seksyen 25 (4) Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (Sicda) telah berlaku.”

Seksyen 25 (4) Sicda memperuntukkan bahawa akaun dagangan mesti dibuka atas nama pemilik benefisial atau penama yang diberi kuasa.

Sebelum ini, Azam menafikan salah laku berhubung pemilikan sahamnya, dia berkata dia tidak membeli saham itu dan adiknya telah menggunakan akaun sahamnya untuk membeli saham dalam syarikat senaraian awam.

 


(Visited 49 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button