JenayahRencah Hidup

Sapiza “Ibu kutu” lesap: Ibu buntu kos rawat anak OKU hilang

SAPIZA ‘ibu kutu’ yang bukan sahaja tidak jujur tetapi lesap dengan duit kutu ditangannya menyebabkan mereka yang bermain kutu atau dipanggilan “anak kutu”, berputih mata.

Tindakan ‘ibu kutu’ bernama Sapiza itu menyebabkan hasrat seorang ibu untuk menambah simpanan bagi menampung kos perubatan anak orang kelainan upaya (OKU) lebur apabila menjadi mangsa ‘skim kutu’ yang didakwa menawarkan keuntungan sehingga 60%.

Keadaan itu menyebabkan mangsa berusia 45 tahun buntu apabila wang simpanannya yang sepatutnya membiayai rawatan spina bifida atau tulang belakang bengkok dihidapi anaknya hilang sekelip mata.

Menurut mangsa, dia bersama dua adiknya menyertai skim itu dengan melabur RM70,000 yang pada mulanya memberi pulangan tetapi lama-kelamaan tiada lagi bayaran diterima meskipun telah menambah pelaburan.

“Sebenarnya anak saya ada penyakit spina bifida, jadi hasil wang itu untuk perubatan, ke hospital dan membeli barang perubatannya,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, FMT melaporkan seorang wanita dikenali sebagai “Sapiza” dipercayai menjadi dalang penipuan skim pelaburan kutu yang memperdaya ribuan mangsa di seluruh negara membabitkan kerugian didakwa puluhan juta ringgit.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Hishamuddin Hashim berkata, wanita berusia lingkungan 50-an digelar sebagai “ibu kutu” dalam skim itu turut dibantu beberapa orang ejen.

Dalam pada itu, seorang lagi mangsa, Amira, 36 (bukan nama sebenar) berkata, dia menyertai skim itu untuk menampung kos pengajian adiknya di United Kingdom (UK) namun semuanya sia-sia apabila semuanya lesap.

“Saya dan suami kumpul duit untuk bantu adik saya kerana dia perlu bayar macam-macam seperti sewa rumah,” katanya yang berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap sindiket terbabit.

Mengulas lanjut, Penyelaras MHO Johor, Suhaid Mustakim, berkata pihaknya juga pernah mendapat aduan bahawa sindiket terbabit memperdaya wang keluarga mangsa yang terlantar sakit.

“Ada seorang mangsa menggunakan wang ayahnya yang terlantar akibat kencing manis. Mangsa berikhtiar untuk menjana pulangan supaya dapat menyediakan rawatan lebih baik untuk bapanya.

“Namun duit diharapkan tiada, sehingga ayahnya meninggal dunia,” katanya. – SM

(Visited 370 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button