Nasionalpilihan

11 rakyat Indonesia terapung diselamatkan feri penumpang

Seramai 11 warga Indonesia termasuk seorang wanita yang terapung dipercayai mangsa tongkang karam yang dinaiki mereka di perairan sempadan negara tengahari hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.00 tengahari itu kesemua mangsa berusia antara 24 hingga 51 tahun berjaya diselamatkan sebuah feri penumpang Indomal Kingdom yang dalam perjalanan dari Dumai, Indonesia ke Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian itu disedari kapten feri yang ternampak kesemua mangsa terapung ketika dalam perjalanan ke kawasan sempadan perairan Indonesia.

“Kakitangan feri bertindak menyelamatkan semua mangsa yang masih hidup dan menaiki Feri Indomal Kingdom sebelum membawa mereka ke jeti Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), di Kota Laksamana,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Christopher, mangsa wanita berusia 29 tahun yang mengalami sesak nafas telah dibawa mendapatkan rawatan lanjut ke Hospital Melaka dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Jelasnya, seramai 10 lagi mangsa yang lain pula turut menjalani pemeriksaan di hospital sama dan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan selanjutnya. – SM

 

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button