Hiburan

“Saya yang kahwin dua, korang yang kena marah,”- Abang Tesla

Baru-baru ini kecoh mengenai seorang pempegaruh di media sosial yang terkenal dengan konten kereta iaitu Abang Tesla telah mengejutkan pengikutnya apabila dia bernikah kali kedua dengan isteri barunya.

Namun dirinya telah mengundang kecaman dari warganet apabila memuat naik video tiga jam sebelum berkahwin dan sempat menunaikan solat subuh dengan isteri pertamanya.

@abg.tesla

Isteri yg sangat menjaga Aib & Maruah suami. Nak berpoligami boleh, Tapi jangan membelakangkan isteri #fyp #abgtesla #poligami

♬ original sound – ABG.TESLA – ABG.TESLA

Perkongsian beliau telah mendapat pelbagai respons khususnya di kalangan kaum hawa yang berang dengan tindakannya untuk berpoligami.

Sehubungan dengan itu, Abang Tesla menerusi perkongsian video terbaru tampil dengan video permohonan maaf secara terbuka kepada semua kaum lelaki yang terpaksa menjadi mangsa bebelan kaum hawa.

“First aku nak minta maaf kepada kaum lelaki, sebab saya nampak banyak video disebabkan video saya tadi ramai kena marah dengan bini hari ini tak boleh keluar rumahlah, dengar lagu lah kena marah dengan bini, so aku nak minta maaf kepada kaum lelaki sebab kan saya kahwin dua korang yang kena marah.” Ucapanya menerusi satu video di TikTok.

 

https://www.tiktok.com/@abg.tesla/video/7269615507035278610?lang=en

Walau bagaimanapun, Abang Tesla sebelum ini turut memaklumkan beliau telah berpoligami dengan cara yang sah serta telah mendapat keredhaan isteri pertama terlebih dahulu sebelum bernikah.

Artikle Berkaitan:>

 

Tesla bakal beroperasi secara rasmi di Malaysia

(Visited 2,017 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button